,
Antarabangsa

Ferarri 360 Modena Sambung 3 Meter Jadi Versi Limusin, Boleh Bawa 8 Penumpang

Erywan
10/08/2020
02:13 MYT
Ini bukan ilusi, tetapi sebuah kereta jenama Ferrari 360 Modena yang benar-benar wujud di Australia. Ferrari ini bukan produk standard keluaran kilang Maranello di Itali, tetapi diubah suai seorang pemilik.
360 Modena ini kekal sebagai kereta sport asal di bawah pemilikan pembeli asal yang tinggal di United Kingdom. Pada 2012, kereta ini berpindah tangan dan dikirim ke Australia.
Ketika di bumi Kanggaru, kereta dua pintu ini dibelah dua sebelum dikimpal semula untuk menjadi sebuah limusin empat pintu. Ini adalah hasil kerja Scott Marshall.
Ferarri dibelah untuk menambah saiz panjang 3 meter di bahagian tengah. Projek ini menggunakan gentian kaca dan aluminium untuk memastikan berat limusin ini tidak begitu membebankan.
Casis, sambungan casis dan beberapa komponen lain diperbuat daripada aluminium. Sambungan bumbung, panel sisi dan pintu belakang jenis gullwing dihasilkan menggunakan gentian kaca.
Kereta Ferrari limusin ini boleh membawa lapan penumpang dan dilengkapi pakej hiburan dalaman seperti dua televisyen, sistem audio, lampu berwarna-warni dan bar mini.
360 Modena ini masih menggunakan enjin aspirasi biasa 3.6 liter V8 yang menghasilkan output 400hp dan kotak gear manual asal pula ditukar kepada jenis automatik yang diambil daripada sebuah Subaru Liberty GT. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses pemanduan.
Keseluruhan proses modifikasi badan menelan masa selama tiga tahun sebelum boleh dipandu di jalan raya kira-kira dua tahun. Scott menggunakan kereta limusin ini sebagai kereta sewa bagi majlis rasmi atau perkahwinan dengan caj serendah A$1000 hingga A$5000 (RM2,995 hingga RM15,111), bergantung kepada jam disewa.
Kini, kereta limusin Ferrari ini ditawarkan untuk jualan pada harga A$399,999 (RM1.2 juta) di laman sesawang www.carsales.com.au. Nombor plet asal FRRRI tidak disertakan sekali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Sukan

Lewis Hamilton Bakal Sertai Ferrari Musim 2025

gempak
02/02/2024
04:55 MYT
Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari untuk musim Formula 1 2025
drebar

Ferrari Portofino M Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM998,000 Sebelum Duti, Cukai Dan Insurans

gempak
27/09/2021
03:53 MYT
Enjin lebih berkuasa berbanding model Portofino sebelum ini.
drebar

Ferrari 812 Superfast Limited Edition - Rekaan Lebih Agresif, Ringan Dan Enjin Banyak Modifikasi

gempak
26/04/2021
04:13 MYT
Sekilas pandang ia masih nampak seperti 812 Superfast standard, tetapi supercar ini sebenarnya lebih ringan menerusi penggunaan komponen gentian karbon.
drebar

Model Replika Mini Ferrari SF1000 Berharga RM37,140

gempak
08/03/2021
09:30 MYT
Pasukan pereka dan pembina menghabiskan masa selama 2,500 jam untuk proses pembangunan model replika ini.