Ferrari 599 dilelong serendah RM1,015, ini paling murah di dunia!
Sebuah Ferrari yang dilaporkan berharga lebih £100,000 (anggaran RM523,370) akan dijual dengan harga kurang daripada £200 (kira-kira RM1,046).
Jualan itu akan menjadikannya sebagai Ferrari paling murah di dunia jika ada pembeli sanggup membayar harga berkenaan untuk memilikinya.
Ferrari 599 terpakai itu dilelong di China, baru-baru ini selepas ia dirampas polis berhubung satu kes kemalangan.
Selepas terbabit dalam kemalangan, polis tempatan mendapati kereta sport mewah itu tidak mempunyai maklumat dan tidak didaftarkan dalam sistem pendaftaran selain tiada perlindungan insurans. Selain itu, ia menggunakan nombor plet palsu dan tiada sebarang dokumen pendaftaran.
Pihak berkuasa tidak membenarkan Ferrari itu dijual semula selepas dilelong atau didaftarkan semula di China. Dalam bahasa mudah, ia tidak boleh dipandu secara sah di China.
"Sebab itu ia murah sangat. Kami melihatnya sebagai besi buruk dan penilaian untuk dilupuskan (sebagai besi buruk) £276 (RM1,444).
"Kami beri diskaun 30 peratus atas nilai itu untuk proses lelongan nanti.”
Sesiapa yang ingin membeli Ferrari 599 ini, mereka juga perlu bayar saman parkir £1,140 (hampir RM6,000) yang tertunggak, menurut laporan.
Kredit: AsiaWire