,
Antarabangsa

Ferrari jelmaan 4x4

Erywan
04/09/2019
01:03 MYT
Bagi peminat kereta sport mewah yang mahu memandu di kawasan off-road, rasanya ini mungkin sesuatu yang anda boleh timbangkan.
Ditawarkan sebagai kereta terpakai menerusi laman Craigslist, jentera ini sebenarnya sebuah Pontiac Fiero buatan 1984 tetapi menerima badan baharu yang menyerupai sebuah Ferrari 348.
Ferrari jelmaan ini dipasang di atas sebuah kerangka Chevy Blazer dan dipasang enjin hadapan jenis V8 berbanding enjin standard Feiro iaitu V6.
Enjin dengan kapasiti 5.7 liter V8 ini dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan automatik TH400 sekali gus menyalurkan kuasa untuk menggerakkan semua roda atau 4x4.
Malah mereka yang mahu menyertai pameran kereta dengan imej 80-an atau 90-an, model ini nampaknya agak sesuai.
Pontiac Feiro yang ditukar menjadi seperti Ferrari bukan kejadian luar biasa tetapi apa yang membuatkan model ini agak istimewa adalah gabungan dnegan model Blazer. Ini boleh dikatakan pecah tradisi bikin Feiro.
Harga yang diminta cuma AS$9,500 (hampir RM40,000) berdasarkan iklan di laman berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Sukan

Lewis Hamilton Bakal Sertai Ferrari Musim 2025

gempak
02/02/2024
04:55 MYT
Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari untuk musim Formula 1 2025
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

Ferrari Portofino M Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM998,000 Sebelum Duti, Cukai Dan Insurans

gempak
27/09/2021
03:53 MYT
Enjin lebih berkuasa berbanding model Portofino sebelum ini.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
Unitar