Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Ferrari SF90 Stradale - Plug-in Hybrid Electric Pertama Ferrari Di Malaysia, Harga Bermula RM1.908 juta

Erywan 18/09/2020 | 07:36 MYT

Sempena majlis pembukaan Pusat Pameran Ferrari Petaling Jaya, Naza Italia selaku pengimport dan pengedar kenderaan supercar itu melancarkan model baharu menerusi Ferrari SF90 Stradale.

SF90 Stradale adalah model pertama kenderaan supercar dari Itali itu dalam memperkenalkan siri Plug-in Hybrid Electric. Nama ‘SF90 ‘adalah diambil daripada ulang tahun penubuhan Scuderia Ferrari dan ‘Stradale’ adalah diterjemahkan daripada jalan.
SF90 Stradale dijana menggunakan enjin V8 turbo yang menyalurkan 769hp dan dibantu tiga motor elektrik dengan menghasilkan output 216hp.
Satu motor itu diletak pada di bahagian gandar belakang yang berada di tengah antara enjin dan transmisi lapan kelajuan klac berkembar, manakala dua lagi pada gandar hadapan.
SF90 Stradale juga adalah model pertama Ferrari yang dilengkapi pacuan semua roda (4WD), ia sekali gus mampu pecutan 0-100km/j dalam 2.5 saat dan 0-200km/j hanya 6.7 saat. Ia juga mempunyai tiga mod pemanduan membabitkan eDrive, Hybrid, Performance dan Qualify.
Apa yang menariknya, ia boleh dipandu dengan mod elektrik sepenuhnya sehingga 25 kilometer dan sangat sesuai untuk pemanduan di bandar. Bagi memberi prestasi yang lebih baik, casisnya dibina dengan menggunakan pelbagai material termasuklah gentian karbon.
Untuk pasaran Malaysia, SF90 Stradale dijual pada harga RM1.908 juta (sebelum duti, cukai dan insurans) dan dilindungi dengan waranti selama tujuh tahun.
Sementara itu, Pusat Pameran Ferrari Petaling Jaya kini tampil dengan wajah baharu sepenuhnya yang menelan belanja RM3.5 juta untuk proses pengubahsuaian. Pusat pameran dua tingkat itu mempunyai keluasan 11,900 kaki persegi yang boleh memuatkan tujuh kenderaan.

#Ferrari
;