FIVE Petroleum Malaysia Sdn Bhd, syarikat petrol tempatan di Malaysia secara rasmi melancarkan jenamanya dengan pembukaan stesen pertama di Kalumpang, Selangor.

Dalam memastikan penawaran bahan api FIVE memenuhi piawaian kualiti tertinggi, syarikat berkenaan mempunyai memperoleh kontrak bekalan dari PETRONAS untuk menjadi pembekal bahan api. Bahan api petrol FIVE ini dinamakan sebagai Ultimaxx.

FIVE diuruskan oleh kumpulan sama yang membina Seng Group. Ditubuhkan pada tahun 1971, Seng Group adalah syarikat yang mempelopori perniagaan runcit petrol sejak lima dekad lalu..

Syarikat berkenaan menerima lesen dari Perdagangan Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna pada 15 Januari lalu.

Pada masa sama, FIVE akan menyediakan pengalaman baharu kepada penggunanya untuk mengisi minyak dengan menggunakan teknolgi generasi baharu dan inovasi.

Sebagai sebahagian daripada pergerakan digital di Malaysia, stesen minyak FIVE akan tampil dengan aplikasi baru mudah alih yang akan membolehkan pembayaran tanpa tunai.

Syarikat itu juga merancang untuk menawarkan ganjaran menerusi aplikasi mudah alih untuk menguasai bahagian pasaran yang sedia ada.

Ia juga akan menawarkan permulaaan perniagaan stesen minyak berskala lebih kecil dan lebih mudah untuk membuka bagi usahawan baharu.

Ini akan mewujudkan peluang perniagaan baharu kepada rakyat Malaysia kerana ia memberi kelonggaran untuk menjadi pengusaha stesen minyak. Ia juga sekali gus akan melonjakkan ekonomi negara kerana stesen minyak boleh dibuka di kawasan yang terpencil.