Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan tabiat pemanduan berhemah dan kesedaran keselamatan jalan raya, Ford dan pengedar tunggalnya, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), menganjurkan program latihan pemandu berhemah untuk rakan kongsi korporat Ford melalui program global Driving Skills for Life (DSFL).

Lebih 30 pemandu yang terdiri daripada rakan kongsi Ford meliputi syarikat telekomunikasi dan utiliti mengambil bahagian di bengkel diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), baru-baru ini.



Malaysia mempunyai kadar tertinggi pemilikan kereta di rantau ini, dengan catatan kemalangan trafik tinggi setiap hari.

Namun kesedaran terhadap asas keselamatan jalanraya masih kurang di kalangan rakyat Malaysia. Mengikut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), lebih dari 43 peratus pemandu Malaysia menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan kurang daripada 10 peratus menggunakan tali pinggang keledar di tempat duduk belakang.



Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, keselamatan jalan raya adalah topik penting dan pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Ford yang sememangnya memiliki kemahiran itu, dalam menggalakan sikap memandu yang lebih selamat di kalangan pemandu di Malaysia.

“Program Driving Skills for Life (DSFL) menyediakan keperluan dan sumber yang membantu pemandu memahami berbagai senario luar jangkaan yang boleh terjadi di jalan raya di samping menyiapkan mereka dengan pengetahuan untuk mengatasi dengan sewajarnya,” katanya.



Bengkel yang dijalankan secara teori dan amali itu turut menggunakan model-model Ford Ranger yang memang digunakan peserta setiap hari. Ini ialah untuk membantu mereka dalam mencapai simulasi paling hampir kepada pekerjaan seharian mereka.

Penekanan terhadap pemanduan ketika menggunaan alkohol atau ubat-ubat juga diterapkan di dalam program itu. Ini dicapai melalui pemakaian cermin mata khusus yang memberikan peserta pengalaman memandu dengan daya penglihatan, pergerakan dan koordinasi yang terganggu.

Bengkel itu dianjurkan secara percuma dan merangkumi pelbagai risiko pemandu dengan latihan memfokuskan kepada empat bahagian: