Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ford Mustang lebih garang dengan talaan Sutton

Public Anonymous User
31/10/2018 00:59 MYT
Pengguna Perancis kini mempunyai peluang terbuka untuk memiliki model Ford Mustang Sutton selepas satu perjanjian dimeterai antara dua pihak berkepentingan dalam urus niaga itu.

Mustang Sutton adalah model yang menerima kerja-kerja naik taraf oleh firma Britain iaitu Sutton Bespoke.

Pihak pengedar yang dilantik untuk membawa masuk kereta itu terus kepada pelanggan di Perancis pula ialah American Car City.

Firma Sutton Bespoke mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dengan tawaran pakej berprestasi termasuk Saleen, Shelby dan Hennesy. Lebih menarik, mereka ada pakej sendiri untuk transformasi muscle car itu sebelum ditawarkan kepada orang ramai.

Ada beberapa versi Sutton yang akan ditawarkan termasuk CS350, CS500, CS700 dan CS800. Veris CS350 membabitkan enjin 2.3 liter EcoBoost. Model-model lain pula menggunakan enjin bertenaga 5.0 liter V8.

Pelanggan di Perancis ditawarkan dua varian Mustang untuk kerja-kerja naik taraf iaitu Fastback atau Cabriolet.

Mereka cuma perlu berhubung dengan pengedar American Car City dan memilih konfigurasi yang dikehendaki untuk Mustang masing-masing. Antara ditawarkan termasuk kit gentian karbon.

American Car City dikenalo sebagai pakar dan pengimport kereta jenama Amerika Syarikat dan mereka dikatakan ada cawangan pengedaran di Coudray-Montceaux dan Lyon.

;