,
Antarabangsa

Ford Mustang Mach-E Ini Mempunyai 1,400hp, Bukti Kemampuan Kenderaan Elektrik Sebenar!

Erywan
23/07/2020
02:19 MYT
Kira-kira tiga bulan selepas memperkenalkan Mustang Cobra Jet 1400, Ford kini kembali dengan satu lagi jentera elektrik yang mempunyai 1,400hp iaitu Mustang Mach-E 1400.
Dibangunkan dengan kerjasama RTR Vehicles dengan mengambil masa 10,000 jam, Mustang Mach-E 1400 adalah sebuah model prototaip yang dihasilkan untuk menunjukkan potensi dan kemampuan sebenar kenderaan elektrik.
Jika Mustang Mach-E standard mempunyai dua motor elektrik, versi berkuasa tinggi ini dijana oleh tujuh motor elektrik. Tiga unit daripanya diletakkan pada gandar hadapan manakala empat diletakkan pada gandar belakang secara bertindih.
Setiap gandar dilengkapi dengan ‘differential’ yang berfungsi untuk menentukan jumlah tork yang disalurkan setiap roda. ‘Differential’ terbabit boleh ditala untuk tujuan yang berbeza seperti ‘drift’ atau untuk berlumba di litar. Ia juga boleh diubah dari pacuan roda hadapan, roda belakang atau semua roda.
Kuasa elektrik untuk semua motor elektrik itu dibekalkan oleh pek bateri berkapasiti 56.8kWh yang mengandungi sel-sel nikel mangan kobalt (nickel manganese cobalt) yang dikatakan mempunyai kadar discaj yang tinggi. Sistem brek janaan semula disertakan untuk membantu mendapatkan jarak pemanduan yang lebih tinggi.
Selain itu, Ford dan RTR turut menggunakan sistem brek daripada jentera lumba Mustang GT4 dan brek tangan hidraulik yang direka khas untuk ‘drift’. Badan asal Mustang Mach-E telah dinaik taraf dengan sangkar keselamatan, hud gentian komposit serta aerodinamik yang boleh menghasilkan 1,044kg ‘downforce’ pada kelajuan 256km/j.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.
drebar

Ford AS Beri Insentif AS$1,000 Untuk Pelanggan Terus Bersabar

gempak
11/06/2021
04:22 MYT
Kelewatan stok kenderaan tiba kepada kumpulan pengedar berpunca daripada masalah bekalan cip semikonduktor global.
drebar

Ford Maverick - Trak Pikap Kompak, Lebih Kecil Daripada Ranger

gempak
11/06/2021
02:55 MYT
Biarpun kecil, ia masih dikekalkan dengan kemampuan untuk membawa beban maksimum 680kg dan kapasiti tunda maksimum 907kg.