,
Antarabangsa

Ford Mustang Shelby GT500 Venom - Model istimewa yang bakal dijual secara bidaan

Erywan
21/08/2019
01:52 MYT
Kebiasaannya apabila sesebuah model ‘flagship’ bakal dilancarkan, pengeluarnya akan melelongkan sekurang-kurangnya satu unit bagi tujuan amal.
Sebagai contoh, Toyota pada tahun lalu berjaya mengutip dana berjumlah $2.1 juta (RM8.7 juta) yang diperoleh daripada hasil lelongan sebuah Supra baharu.
Ford juga bakal melakukan perkara yang sama dengan melelong sebuah Mustang Shebly GT500 di satu acara khas pada 14 November tahun ini.
Hasil daripada lelongan itu akan disalurkan kepada Juvenile Diabetes Research Foundation (JDRF) yang memfokuskan kepada penyelidikan bagi mencari penawar kepada Diabetes Type 1.
Shelby GT500 yang bakal disumbangkan itu agak istimewa kerana ia akan menjadi satu-satunya unit yang menampilkan warna metalik yang digelar sebagai Venom dengan padanan jalur berkembar hitam.
Jentera berkenaan juga dilengkapi dengan pakej Carbon Fibre Track yang merangkumi rim gentian karbon, tayar Michelin Pilot Sport Cup 2, kerusi Recaro dengan upholsteri kulit dan spoiler belakang Mustang GT4.
Menurut Ford, Shelby GT500 ini direka dengan kerjasama syarikat Protean dan Penske Vehicle Services.
Bakal dilancarkan secara rasmi pada musim luruh tahun ini, Shebly GT500 menampilkan enjin supercharged 5.2 liter V8 yang paling berkuasa setakat ini dengan hamburan 760hp dan 847Nm.
Dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan yang dibangunkan oleh Tremec, ia mampu melakukan pecutan 0-161-0km/j dalam masa 10.6 saat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
drebar

Tips bersih kereta dengan mudah dan menjimatkan!

gempak
08/10/2021
04:31 MYT
Tips yang diberikan ini boleh dilakukan sendiri (DIY) dengan barang-barang yang ada di rumah anda.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

Lebih Jimat! Beli Ford Ranger WildTrak dan XLT Plus Dapat Percuma Servis Dua Tahun

gempak
03/08/2021
07:11 MYT
Servis percuma dua-tahun sah untuk pelanggan baharu model Ranger WildTrak dan XLT Plus terpilih.
drebar

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
21/06/2021
08:24 MYT
Syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
drebar

Hoonitruck Mencari Pemilik Baru, Harga RM4.53 Juta. Ada berani?

gempak
16/06/2021
04:16 MYT
Ini menjadikan model trak pikap model F-150 paling mahal buat masa ini biarpun ia adalah keluaran 1977.
Unitar