Tempatan

Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai

gempak
Erywan
21/06/2021
08:24 MYT
Sponsor Banner
Ford Puma ST Gold Edition - Dicipta Daripada Maklum Balas Orang Ramai
Ford of Europe baru-baru ini menjalankan eksperimen rekaan berpusatkan manusia, di mana syarikat itu meminta peminatnya menghasilkan reka bentuk bagi model edisi terhad Puma ST.
Eksperimen yang berjalan selama 10 hari itu menerima kira-kira 275,000 undian daripada peminat di akaun rasmi Twitter dan Instagram Ford, dan hasilnya adalah Puma ST Gold Edition ini.
Apa yang menarik, orang ramai bukan sahaja boleh memilih warna luaran, pelekat, lencana dan trim dalaman, mereka juga diberi peluang untuk memilih nama rasmi model ini. Nama ‘Gold Edition’ diundi oleh 59 peratus peminat, mengalahkan ’24K Edition’ di tempat kedua.
Seperti yang boleh dilihat, bahagian luaran Puma ST Gold Edition menampilkan warna hitam yang dipadankan dengan jalur kelabu dan emas pada bahagian tengah. Rimnya diberikan kemasan emas satin, manakala tersembunyi disebaliknya adalah angkup brek berwarna merah yang menjadi pilihan 74 peratus peminat.
Tema dua tona ini diteruskan pada bahagian dalaman, di mana suasana hitamnya dikontraskan oleh jahitan berwarna emas pada tempat duduk dan juga tali pinggang keledar. Selain itu, kemasan gentian karbon pada papan pemuka menandakan bahawa crossover ini bukan calang-calang model.
Ini kerana ia dikuasakan Puma ST dikuasakan oleh enjin EcoBoost 1.5-liter tiga silinder turbo yang menghasilkan 200PS dan 320Nm. Dengan transmisi manual enam kelajuan yang memacu roda hadapan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 220km/j.
Antara teknologi yang disertakan adalah mod pemanduan Eco, Sport dan Track. Untuk menikmati tahap cengkaman lebih tinggi, pelanggan boleh mendapatkan ‘Slip Limited Differential’. Menurut Ford, Puma ST Gold Edition akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad bermula akhir tahun ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024