Ford Motor Company bersama Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini melancarkan Ford Ranger FX4 Baharu melalui siaran Facebook dan YouTube Live. Ford Ranger FX4 baharu ini adalah pikap trak pertama di negara ini yang dilancar serentak melalui demonstrasi produk di Facebook dan YouTube Live.


Ford Ranger FX4 ini memiliki ciri unik dengan rekabentuk gril jejaring baharu berwarna Ebony Black, ditambah rim hitam berkilat dengan tayar All-Terrain. Pelekat ‘FX4’ dan emblem yang begitu menonjol di bahagian luar ini menampakkan cirinya yang tersendiri berbanding varian Ranger yang lain.


Identiti FX4 terus jelas dilihat di ruangan kabin dengan logo FX4 dicetak timbul di tempat duduk yang diperbuat dari kulit. Ia memberikan kontras yang sepadan dengan jahitan kemasan berwarna merah di pemilih gear, konsol di tengah, panel instrument, kemasan pintu, brek tangan dan stereng Ranger FX4. Lapik karpet khusus FX4 antara sentuhan akhir yang mengekalkan ciri ruangan dalaman premium Ranger yang selesa umpama sebuah kereta.


Ia direka untuk pelanggan yang mahu menggabungkan kehidupan urban yang selesa dengan kegunaan lasak di hujung minggu. Ford Ranger FX4 baharu ini menampilkan enjin turbodiesel Duratorg 2.2L dengan transmisi automatik 6 kelajuan yang terbukti mampu memberikan tenaga sehingga 160 PS dan daya kilas setinggi 385Nm.


Ia juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi pintar serta ciri-ciri keselamatan termasuk paparan skrin sentuh 8-inci , sistem multimedia SYNC® dengan Apple CarPlay dan Android Auto beserta kamera undur, sistem shift-on-the-fly 4x4 elektronik, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan dan lincah, lampu Daytime Running Lights (DRL) dan lampu hadapan untuk penglihatan lebih terang.


Ciri keselamatan lain, dua beg udara, Limited Slip Differential , fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (ABS) dengan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, ‘Rollover Mitigation’, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban.


Untuk meraikan pelancaran itu, 150 pelanggan pertama yang membeli Ford Ranger FX4 baharu ini akan menerima aksesori-aksesori berikut yang bernilai RM5,398 secara percuma:


Ford Ranger FX4 baharu ini berharga RM126,888 dari Semenanjung Malaysia (di atas jalan, tanpa insurans) dengan waranti penuh pengeluar selama 3 tahun atau sehingga 100,000km, yang mana-mana dahulu. Ia datang dengan tiga warna - Meteor Grey, Absolute Black dan Artic White.