Antarabangsa

Ford Troller TX4 Automatic - Versi Lebih Lasak

gempak
Erywan
05/03/2020
03:00 MYT
Sponsor Banner
Ford Troller TX4 Automatic - Versi Lebih Lasak
Sementara dunia menunggu kedatangan Bronco generasi keenam, Ford memperkenalkan satu kenderaan off-road baharu yang dikenali sebagai Troller TX4 Automatic. Bagaimanapun, model ini dibangunkan eksklusif untuk pasaran Amerika Selatan sahaja.
Secara asasnya, Troller TX4 Automatic adalah versi lebih lasak kepada varian asas iaitu Troller T4. Ia dilengkapi dengan ‘snorkel’, pemijak sisi, bampar besi pada bahagian hadapan dan belakang, lampu LED serta tayar Pirelli Scorpion. Trak ini boleh didapati dalam skema warna dwi tona dengan tiga pilihan warna iaitu Trancoso Brown, Maragogi Green dan Frosted Silver. Ketiga-tiga warna itu dipadankan dengan warna Navy Blue pada bahagian hadapan.
Di dalam, terdapat sistem infotainmen dengan skrin berukuran 6.75 inci yang menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Untuk pelanggan yang sering melakukan aktiviti off-road, Ford menyediakan panel tambahan untuk pemasangan sistem navigasi. Tidak dilupakan perincian berwarna oren pada corong pendingin hawa, panel pintu dan jahitan kerusi untuk menyerikan lagi suasana kabin trak ini.
Troller TX4 Automatic dikuasakan oleh enjin turbodiesel 3.2 liter lima silinder yang mampu menjana kuasa sehingga 200hp dan 470Nm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan, ‘transfer case’ dua kelajuan dan sistem pacuan empat roda. Harga Troller TX4 Automatic bermula dari 167,530 Real Brazil (RM162,540).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live