,
Tempatan

FV Frangivento Sorpasso - Supercar Baharu Kelahiran Itali, Jana Enjin V10 Dengan Pacuan Semua Roda

Erywan
07/04/2021
01:50 MYT
Jika mendengar namanya, pasti ramai yang menyangka bahawa Frangivento adalah pendatang baharu dalam industri automotif. Sebenarnya, ia sudah mempunyai dua produk dalam portfolio mereka iaitu Charlotte Roadster yang diperkenalkan pada 2017 dan Asfane Diecedieci yang muncul dua tahun kemudian.
Kini, syarikat dari Turin, Itali itu memperkembangkan barisannya menerusi model terbaharu yang dikenali sebagai Sorpasso. Ia boleh didapati dalam dua varian iaitu Stradale dan GTXX, dengan kedua-duanya dikuasakan oleh enjin V10 dan mempunyai pacuan semua roda.
Bagaimanapun, perbezaan antara kedua-dua varian ini terletak pada tahap kuasa, di mana Sorpasso Stradale yang didatangkan dengan enjin aspirasi natural yang mempunyai 610hp. Sementara itu, enjin pada Sorpasso GTXX pula dilengkapi dengan supercharger yang melonjakkan kuasanya ke 850hp.
Dengan kuasa tambahan terbabit, Sorpasso GTXX mampu melakukan pecutan 0-100km/j dalam masa 2.9 saat dan memecut sehingga 345km/j. Setakat ini, tiada maklumat mengenai transmisi yang digunakan namun jentera itu dikatakan mempunyai casis gentian karbon, dengan berat keseluruhan sekitar 1,300kg.
Seperti yang boleh dilihat menerusi gambar-gambar yang dibekalkan oleh FV Frangivento, Sorpasso Stradale mempunyai penampilan yang kemas dan elegan yang diserlahkan lagi menerusi penggunaan warna Hermes Grey. Sorpasso GTXX pula diberikan imej yang lebih agresif yang diinspirasikan oleh jentera lumba GT3, serta skema warna dua tona.
Gambar ruang dalaman masih belum disiarkan namun menurut syarikat itu, ia mempunyai rekaan yang sporty dan minimalis, lengkap dengan upholsteri kulit dan Alcantara. Selain itu, terdapat juga ciri bantuan pemandu Avatar yang boleh diaktifkan menerusi ciri arahan suara.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli Sorpasso berpeluang untuk mengikuti dua program rekaan iaitu Sviluppo dan Ego untuk tempoh 30 hari. Program-program itu direka bagi membolehkan mereka berkerjasama dengan pereka bentuk untuk memberikan sentuhan peribadi kepada jentara masing-masing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] Isu Label Kereta Bukan ‘Supercar’ Najis, Fatin Afeefa Sindir Suami Sendiri? - “Kita Pun Dinajiskannya…”

gempak
09/06/2023
07:55 MYT
Sempat Fatin gunakan kontroversi suami sendiri.
drebar

8 Model Kereta Edisi Terhad Bina Kurang 10 unit

gempak
07/09/2021
06:28 MYT
Koleksi jentera edisi terhad sebagai satu kepuasan selain pelaburan menguntungkan dengan nilai jualan semula.
drebar

45 Supercar Ditahan Polis Disyaki Terbabit Lumba Haram di Hong Kong

gempak
26/02/2021
02:14 MYT
Tahun 2019, sebanyak 99 laporan diterima di Hong Kong berkaitan lumba haram jalanan kumpulan supercar.
drebar

Gordon Murray Hasilkan Supercar Sempena Peringatan Pelumba Lagenda, Niki Lauda

gempak
25/02/2021
03:32 MYT
T.50s Niki Lauda diberi penekanan khusus adalah aerodinamik, di mana jentera ini dikatakan mampu menjana ‘downforce’ sehingga 1,500kg.
drebar

Ahli perniagaan Jepun, borong 5 Fenyr SuperSport Launch Editions - RM29.3 juta

gempak
13/08/2019
04:29 MYT
Fenyr SuperSport Launch Editions adalah sebuah jentera yang cukup pantas dengan memiliki enjin 3.8 liter pengecas turbo berkembar.
Unitar