Antarabangsa

Giulia Quadrifolgio dan Stelvio Quadrifoglio versi Alfa Romeo Racing-Jana 520hp!

gempak
Erywan
12/07/2019
06:41 MYT
Sponsor Banner
Giulia Quadrifolgio dan Stelvio Quadrifoglio versi Alfa Romeo Racing-Jana 520hp!
Alfa Romeo meraikan sejarah pembabitannya dalam arena sukan permotoran dengan memperkenalkan Giulia Quadrifolgio dan Stelvio Quadrifoglio versi “Alfa Romeo Racing” di Goodwood Festival of Speed 2019.
Kedua-dua model edisi terhad itu menampilkan tema warna merah putih yang sama seperti yang digunakan pada jentera Formula 1 jenama itu bagi saingan musim ini.
Selain aspek visual yang lebih menarik perhatian, enjin twin-turbo 2.9-liter V6 model-model ini turut diberi penambahbaikan sekali gus menyaksikan kuasa meningkat kepada 520hp dan 600Nm.
Ini membolehkan Giulia memecut dari 0 ke 100km/j dalam hanya 3.9 saat, dengan kelajuan maksimum 307km/j. Stelvio pula memerlukan 3.8 saat, namun dengan kelajuan maksimum lebih rendah iaitu 283km/j.
Selain itu, kedua-dua model turut menerima pakej aerodinamik yang dibangunkan dan ditala oleh Sauber.
Ia merangkumi splitter hadapan, skirt sisi lebih lebar, spoiler dan winglets sisi. Turut disertakan adalah bumbung gentian karbon pada Giulia, rim aloi bersaiz 19 inci bagi Giulia dan 20 inci bagi Stelvio, sistem brek seramik karbon dengan angkup merah dan cermin sisi gentian karbon.
Bahagian dalaman turut mendapat sentuhan lebih sporty dalam bentuk tempat duduk Sparco dengan rangka gentian karbon, tali pinggang keledar berwarna merah, tombol gear Mopar serta kemasan kulit dan Alcantara pada stereng.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live