Peneraju platform perkongsian kereta, GoCar menambah empat model baharu ke dalam program langganannya, GoCar Subs.

Pengembangan garaj GoCar Subs dilihat selari dengan komitmen syarikat untuk menawarkan alternatif yang praktikal dan lebih mampu milik berbanding pinjaman sewa beli konvensional.

Ia membabitkan empat model baharu dalam platform GoCar Subs membabitkan Honda City, Nissan Almera Turbo, Proton X50 dan Mitsubishi Xpander.

Di bawah struktur ‘Satu Harga’ GoCar yang telah disepadukan, semua empat model itu ditawarkan dalam kategori EXEC dengan pilihan pelan langganan satu, dua dan tiga tahun.


Kenapa beli? Langgan!

Berdasarkan kepada yuran yang sudah merangkumi semua perkara di bawah GoCar Subs, pelanggan akan menikmati lebih banyak penjimatan apabila mereka memilih model langganan berbanding pinjaman sewa beli yang tidak merangkumi kos pemilikan.

Jadual di bawah memperincikan kos keseluruhan tahun pertama langganan selama 36 bulan bagi empat model berbanding pinjaman sewa beli untuk tempoh lima tahun. Ia adalah tempoh pinjaman paling biasa diambil oleh pengguna apabila membeli kereta baharu.


Cuba semua model yang ada dalam GoCar Subs

Dengan ciri ‘TUKAR’ (SWAP) pada GoCar Subs, pelanggan mempunyai fleksibiliti untuk menukar mana-mana model di dalam garaj bersama pilihan dua model berbeza setiap tahun. Apa yang perlu mereka lakukan ialah membayar yuran penukaran sekali sahaja iaitu sebanyak RM250 dan akan diberi akses kepada tiga model berbeza bagi memenuhi keperluan masing-masing.

Yuran bulanan dan deposit sekuriti boleh diubah suai mengikut kategori model yang mereka pilih. Jadi, pelanggan boleh menikmati semua model baharu yang ditawarkan bermula dengan Almera, kemudian cuba X50 dan tukar kepada Xpander serta City pula sepanjang tempoh langganan terbabit. Pelanggan juga boleh memilih model-model lain yang ada di dalam garaj.


Untuk mendaftar akaun GoCar Subs atau melihat senarai penuh garaj, sila layari laman web: www.gocarsubs.com.