Niki Lauda adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam persada sukan permotoran. Walaupun pernah terbabit dalam kemalangan dahsyat yang hampir meragut nyawanya pada 1976, Lauda kembali bangkit dan seterusnya menggondol dua lagi gelaran juara dunia iaitu pada 1977 dan 1984. Kini, nama pelumba lagenda itu diabadikan pada jentera istimewa yang dihasilkan oleh Gordon Murray Automotive (GMA).
Dikenali secara rasmi sebagai T.50s Niki Lauda, ia sebenarnya T.50 yang dinaik taraf secara menyeluruh untuk digunakan di litar lumba. Satu aspek yang diberi penekanan khusus adalah aerodinamik, di mana jentera ini dikatakan mampu menjana ‘downforce’ sehingga 1,500kg.
Ini dicapai menerusi penggunaan kit badan aerodinamik agresif yang merangkumi ‘splitter’ hadapan yang besar, ‘dive plane’ pada sudut kiri dan kanan bampar hadapan, serta ‘diffuser’ yang lebih besar. Bukan itu sahaja, GMA turut menambah sirip dorsal dan menyambungkannya dengan spoiler belakang untuk meningkatkan kestabilan pada laluan lurus serta juga di selekoh.
Di samping itu, aspek berat turut disemak semula semasa proses pembangunan model ini. Gentian karbon digunakan untuk menghasilkan setiap panel badan serta casis monocoque-nya. Menariknya, setiap panel badan pada edisi Niki Lauda ini berbeza dengan panel badan T.50. Selain itu, cermin kabinnya lebih nipis, manakala rim 18 inci yang digunakan diperbuat daripada magnesium. Hasilnya, berat keseluruhan jentera ini berjaya dikurangkan dari 986kg kepada 852kg. Ia seolah-olah menyamai nisbah kuasa enjin kepada berat kereta hampir kepada 1:1.
Untuk kuasa pula, GMA menggunakan enjin NA 3.9-liter V12 yang sama namun dengan penambahbaikan seperti aci engkol dan kepala silinder yang direka semula, injap titanium dan pelbagai lagi, kuasa yang dihamburkan meningkat dari 663PS/467Nm kepada 711PS/485Nm. Penggunaan sistem ekzos yang diperbuat daripada Inconel pula menghasilkan bunyi lebih menggiurkan.
Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi berjujukan enam kelajuan X-trac yang didatangkan bersama ‘paddle shifter’. Bergantung kepada keperluan dan gaya pemanduan masing-masing, pelanggan boleh untuk mendapatkan versi nisbah gear panjang atau nisbah gear pendek.
Aspek terakhir yang diberi peningkatan adalah pengendalian, di mana kehadiran sistem suspensi boleh laras dengan komponen-komponen baharu mengurangkan ketinggian sebanyak 87mm pada gandar hadapan dan 116mm pada gandar belakang. Turut ditala semula ada nisbah stereng.
GMA merancang untuk mengeluarkan 25 unit T.50s Niki Lauda. Setiap unit akan ditampilkan dengan skema warna tersendiri serta pakej Trackspeed yang merangkumi sokongan kejuruteraan dan segala peralatan yang diperlukan untuk aktiviti memandu di litar lumba.
Erywan
Thu Feb 25 2021


GV10: Jaga-Jaga Juara, Bukan 5 Tapi 6 Peserta Hot Seat Ini Memang Fighter
Wow!

GV10: Peserta Pilihan Peminat, Liza Hanim Lengkapkan Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
Memang mengejutkan!

GV10: Paling Legend! Zamani Bakal Buat Peserta All Stars Gegar Vaganza ‘Kerja Kuat’
Goodluck!

GV10: Ezad Lazim Diumum Peserta Ke-4 Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
All the best!

GV10: Memang Sengit! Nikki Palikat Ikut Lolos Hot Seat All Stars Gegar Vaganza
Tahniah!

GV10: Suki Low Tepati Ramalan Masuk All Stars Gegar Vaganza Melalui Hot Seat
Pilihan tepat!

GV10: Jadi Peserta Hot Seat Pertama, Tomok Tak Simpan Taring
Wah memang power!

Jihan Muse Is Back! GV Bergegar Dengan 3 Hos Unggul ; Nabil & Elly Mazlein
Jihan Muse is back!

Umur Sudah 70, Hulk Hogan Kahwin Lagi
Bekas bintang WWE, Hulk Hogan dilaporkan selamat berkahwin dengan kekasihnya, Sky Daily dalam sebuah majlis kecil yang berlangsung di Clearwater, Florida.

GV10: “Semoga Terus Cemerlang, All The Best Adikku” - Bahang Kian Terasa! Anuar Dan Ziana Zain Pun Dah Wish Noryn Aziz
Wah Ziana dan Anuar Zain pun beri sokongan tau.