Seperti yang dijangka, dua bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) tersingkir pada konsert minggu separuh akhir yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Bintang GV8 tersebut, Shidee dan Ani Maiyuni terpaksa akur apabila gagal memuaskan hati juri.

Ani yang membawakan lagu Let's Get Loud (Jennifer Lopez) & Sumpah (Aina Abdul) hanya meraih 61%.

Shidee pula sekadar menerima 58.30% selepas membawakan lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) & Kerna Dia (Yasin Sulaiman).

Menurut juri Hetty Koes Endang, Shidee mempunyai masalah pengulangan pada lagu akhir hingga membuatkan ia kedengaran sedikit bosan.

"Pengulangan tiga kali bosan, ,asukkan elemen ghazal walaupun sedikit tapi mahal," kata

Dalam pada itu, Aweera pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan ke-9 dengan markah sebanyak 81.30%

Bertemakan 'Lagu Untukmu’, persembahan bintang pada konsert ke-9 dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli Ms, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk Rosyam Noor selaku juri jemputan.

Berikut merupakan markah penuh peserta:

Aweera - 81.3%

Nikki -76%

Aliff Aziz -72.2%

Azan Scan - 69.7%

Adibah Noor -65.2%

Suki -64.8%

Ani Maiyuni -61%

Shidee - 58.3%

Sementara itu, di awal konsert Aliff Aziz diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Suki membawa pulang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

GV8 Konsert minggu ketujuh dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.