,
Antarabangsa

Hanya RM188 Untuk Tempahan Dalam Talian Bagi Subaru XV Atau Forester

Erywan
08/04/2020
03:57 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih lagi aktif pada masa ini, memberi satu idea baharu buat TC Subaru Sdn Bhd untuk memperkenalkan kempen tempahan dalam talian kepada pelanggannya.
Menerusi kempen tempahan dalam talian itu, pelanggan boleh membeli model Subaru XV atau Forester ketika di rumah pada bila-bila masa.
Mereka hanya perlu mengisi tempahan dalam talian dan membayar RM188 sebelum Penasihat Jualan Subaru akan menghubungi untuk tindakan susulan.
Subaru XV ditawarkan dengan tiga varian membabitkan XV 2.0i, XV 2.0i-P dan XV GT Edition 2.0i-P yang dijual bermula pada RM117,788.
Subaru Forester pula dijual bermula RM149,788 yang didatangkan dengan tiga varian membabitkan Forester 2.0i-L, Forester 2.0i-S dan Forester 2.0i-S Eyesight. Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari https://www.subaru.asia/my/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar