Harga Honda City RS e:HEV Umum Secara Rasmi, Bermula RM105,950
Erywan
11/03/2021 02:45 MYT
11/03/2021 02:45 MYT
Akhirnya, harga varian paling tinggi dalam keluarga Honda City menerusi RS e:HEV diumumkan dengan RM105,950.45 atas jalan, dengan pengecualian cukai sehingga 30 Jun 2021.
Dalam barisan model Honda, RS bermaksud Road Sailing dan terkenal dengan daya tarikan yang sporty dan bergaya dengan gabungan ciri canggih.
Untuk pertama kali di Malaysia, City RS akan dikuasakan oleh powertrain i-MMD baharu yang terdiri dari sistem hibrid 2-motor dan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC.
Rangkaian kuasa itu menjana 253Nm tork, iaitu setaraf dengan enjin 2.5 liter Aspirasi Biasa (NA) serta kuasa output menyalurkan 108hp. Kuasa itu disalurkan ke transmisi e-CVT untuk pertukaran gear lancar dan lebih rasa sporty.
Apa yang menariknya, sistem e:HEV itu boleh menukar karakter pemanduan dengan tiga mod pilihan membabitkan EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive.
Dari segi luaran, City RS boleh dibezakan dengan beberapa ciri membabitkan:

- Lampu hadapan, belakang dan lampu siang (DRL) LED
- Cermin Sisi Hitam
- Rim 16 inci dengan dua tona
- Honda LaneWatch
- Brek parkir elektrik
Bahagian dalam, ia mendapat corong pendingin hawa menegak, konsol penyaman udara reka bentuk melintang dan elemen kulit baharu di papan pemuka, selain dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto untuk sistem hiburannya.
Bagi varian ini, ia didatangkan dengan brek parkir elektronik (EPB) akan menggantikan brek parkir mekanikal sekali gus menjadikan City model pertama dalam segmennya yang menerima ciri kemudahan itu.
Bagi memberi lebih nilai, City RS e:HEV juga menjadi model pertama dalam barisan Honda Malaysia yang menerima teknologi Honda Connect.
Ia menggunakan Telematics Technology yang membolehkan pelbagai fungsi kereta dikawal dan dihubungkan ke telefon pintar.
Ciri keselamatannya pula, segmen B itu dilengkapi Honda SENSING merangkumi ciri seperti:
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High-Beam (AHB)
Pilihan warna pula, Honda City RS e:HEV ditawarkan dengan Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl. Tempahan boleh dibuat di mana-mana cawangan sah Honda Malaysia, dan sebarang maklumat lanjut, boleh layari www.honda.com.my.