Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumukan penurunan harga lebih dari 10 peratus bagi model Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400 bermula 8 Mac lalu.

Dengan harga baru ini, model Modenas Pulsar RS200 kini berharga RM9,990, iaitu pengurangan sebanyak 12 peratus atau sebanyak RM1,360 yang sebelum ini dijual pada RM11,350.

Ini turut diikuti dengan penurunan harga bagi model ‘sport-touring’ Modenas Dominar D400 yang kini berharga pada RM13,788, iaitu penurunan sebanyak RM1,700 atau 11 peratus lebih rendah daripada harga sebelumnya iaitu RM13,788.

(Pulsar RS200)
Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, pengurangkan dalam kos pembuatan kedua-dua model tersebut telah membawa kepada penurunan harga ini.

"Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran kami, pihak MODENAS berjaya mengurangkan kos pengeluaran bagi model Modenas Pulsar RS200 dan juga Modenas Dominar D400, lantas menjadikan kedua-dua model popular ini lebih mampu milik bagi semua peminat jentera dua roda di Malaysia” katanya.

Modenas Pulsar RS200 adalah motosikal jenis ‘full-fairing streetbike’ dan manakala, Modenas Dominar D400 pula adalah sebuah ‘sport-tourer’. Kedua-dua model ini dilengkapi dengan silinder tunggal, sejukkan cecair, 4-lejang SOHC serta sistem DTS-i dengan suntikan bahan api.

(Dominar D400)
Kedua-dua model ini juga dildatangi dengan brek cakera tunggal berjenama ByBre yang turut dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.

Kedua-dua motosikal Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400 turut didatangkan dengan pelbagai perkakasan premium seperti bingkai keluli perimeter serta penempatan ekzos yang amat unik, memberi kestabilan tambahan dan kawalan yang lebih kepada si penunggang.