Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hennessey Tambah Dos Kuasa Lamborghini Huracan Sehingga 912hp

Erywan
28/08/2020 02:00 MYT
Hennessey Performance dikenali hasil kerja enjin Hellcat begitu juga dengan VelociRaptor 6x6. Bagaimanapun, jika mahu mencipta rekod pecutan bagi jentera jalanan dengan hasil kerja binaan mereka semestinya Lamborghini Huracan twin turbo jawapannya.


Bagi segelintir daripada mereka, Lamborghini Huracan adalah kereta impian menerusi penghantaran prestasi cemerlang dari enjin 5.2 liter V10, tetapi tidak bagi yang mahu lebih laju. Projek ini dinamakan HPE900 dan dibangunkan oleh Hennessey dengan misi mencampurkan prestasi dan kebolehpercayaan.


Teras utamanya ialah sepasang bola bearing turbo. Jika supercar binaan kilang memiliki turbo di tengah V, tetapi bagi kes ini ia terletak di belakang bampar. Keistimewaan paket ini dapat memberi ruang untuk dua inlet paip, paip keluli tahan karat bawah turbo dengan saduran termal hitam dan sistem aruhan udara.


Untuk letupan kuasa yang pantas, ruangan enjin Huracan menempatkan tangki ais untuk intercooler udara ke air. Bahkan, V10 itu memerlukan pam pelincir baharu, hos dan pengurusan elektronik.


Di samping itu, Hennessey sengaja tidak meletakkan kembali bampar belakang dengan membiarkan ia 'bogel' begitu saja bagi memperlihatkan komponen prestasi yang digunakan.


Huracan itu juga masih menggunakan pam minyak asli dan stok sistem minyak, enjin dan transmisi. Difahamkan, talaan enjin itu mampu menjana kuasa 912hp pada 7, 400rpm. Pecutan 0-100km/j dilakukan dalam tempoh 2.6 saat dan perjalanan setengah kilometer mengambil masa 9.8 saat dengan kelajuan maksimum 233km/j.