Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

HKS bikin Toyota GR Supra Drift, hasil 700PS!

Erywan
01/07/2019 03:30 MYT
Syarikat talaan terkemuka dunia, HKS tidak menunggu lama untuk menghasilkan Toyota GR Supra generasi baharu yang diubah suai pada peringkat ekstrem.

Jentera itu dibina untuk kegunaan dalam sukan permotoran terutama dalam aksi drift yang akan membuat penampilan di Goodwood Festival of Speed, England, bermula 4 Julai 2019.


Apa yang menarik dengan jentera itu adalah enjinnya selepas menggunakan rangkaian kuasa berkod 2JZ-GTE. Enjin itu sebenarnya digunakan dalam Toyota Supra generasi sebelumnya.

Malah enjin berkenaan tidak dibiarkan standard, tetapi sudah pun diubah suai dengan menggunakan produk HKS seperti aci sesondol serta turbo HKS GTIII-4R.


Jadi kuasa maksimumnya turut meningkat sehingga 700PS dengan tork mencecah 884Nm.

Pengendaliannya pula, diperkuatkan suspensi HKS Hipermax SPL dengan menggunakan rim Advan GT F berbeza saiz iaitu 19 inci di hadapan, manakala 20 inci di belakang yang dibaluti tayar Advan F Neova.


Bagi menghentikan ‘raksasa’ itu, ia dibekalkan dengan brek Endless F yang sudah pun terbukti ketahanan serta prestasinya.

Buat pengetahuan anda, pengeluaran Toyota Supra sebenarnya sudah pun ditamatkan hampir dua dekad lalu.


Namun disebabkan ia sebuah jentera legenda dan cukup diminati, ia kini hadir menerusi model generasi selepas Toyota menjalin kerjasama dengan BMW untuk menghasilkan kenderaan berkenaan.


#Toyota #HKS #Supra
;