WATCH
Honda CBR650R dan CB650R harga jualan bermula RM43,499

Boon Siew Honda menjadi satu-satunya pengeluar motosikal melancarkan model baharu sempena acara Malaysia Autoshow 2019.
Pengenalan model baharu itu bukannya satu, tetapi dua membabitkan Honda CBR650R dan CB650R baharu.
Kedua-dua model itu menawarkan segmen yang berbeza kerana CBR650R adalah model fairing, manakala naked bagi CB650R.

Honda CBR650R
Jentera segmen sportbike itu diinspirasikan daripada model CBR1000RR Fireblade, di samping bahagian belakang yang pendek serta dipadankan lampu LED berkembar nipis. CBR650R adalah enam kilogram lebih ringan berbanding CBR650F serta menawarkan posisi tunggangan lebih sporty.
Hendalnya juga diposisi 30mm ke hadapan, manakala perehat kali dialih sedikit ke belakang dan tempat duduk lebih tinggi. Ia menggunakan enjin bersesaran 649cc yang menyalurkan 70kW pada 12,000rpm dan tork mencecah 64Nm pada 8,500rpm.

Enjin empat silinder sebaris menawarkan revolusi 1,000rpm lebih tinggi, sekali gus mampu menjana lima peratus lagi kuasanya. Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke kotak enam kelajuan yang turut dilengkapi Assist/Slipper Clutch untuk pertukaran gear lebih lancar.
CBR650R juga dipadankan casis jenis Diamond, selain hadir suspensi hadapan Showa Separate Fork Function yang boleh laras 41mm.

Bukan itu sahaja, CBR650R juga hadir pelbagai ciri praktikal seperti lampu LED dan paparan instrument LCD yang mempunyai paparan posisi gear dan indikator Shift Up serta isyarat berhenti kecemasan.
Bagi pasaran Malaysia, ia ditawarkan dengan dua pilhan warna membabitkan Grand Prix Red dan Gunpowder Black Metallic. Ia dijual pada harga RM45,499 atas jalan tidak termasuk insurans.

Honda CB650R
Jentera ini berbeza dengan CB650R kerana ia adalah model naked dengan menerapkan gaya Neo Sports Cafe. Ia hadir dengan rekaan moden dengan menggabungkan inspirasi bentuk sebuah cafe racer.
CB650R turut menggunakan enjin empat sebaris sama seperti CBR650R yang menyalurkan 70kW pada 12,000rpm dan tork mencecah 64Nm pada 8,500rpm.

Jentera berkenaan juga menggunakan suspensi hadapan Showa Separate Fork Function yang boleh laras 41mm.
Motosikal naked premium itu juga hadir dengan ciri keselamatan lain membabitkan kawalan cengkaman melalui Honda Selectable Torque Control.

CB650 menawarkan dua warna baharu membabitkan Candy Chromosphera Red dan Graphite Black yang dijual pada harga RM43,499 atas jalan tidak termasuk insurans.
Must-Watch Video