Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Antarabangsa

Honda City 2020 - Enjin turbo 1 liter, tetapi prestasi terbaik!

Erywan 20/11/2019 | 02:46 MYT

Honda City yang ada dipasaran kini boleh dikatakan dihujung ‘hayatnya’ dan ia pastinya akan diperkenalkan dengan generasi model baharu.

Sempena Thailand Expo 2019 pada 25 November ini, Honda bakal melancarkan City 2020 dengan ciri serba baharu.
Model kereta segmen B itu bakal tampil dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty dan difahamkan ruang dalamannya lebih premium serta eksklusif.
Selain penampilan baharu, model berkenaan akan dilahirkan dengan enjin berkuasa turbo. Cuma kuasa turbo itu adalah bagi meningkatkan prestasinya selepas menggunakan enjin lebih kecil iaitu berkapasiti 1 liter dengan tiga silinder.
Biarpun enjin kecil, prestasinya hampir sama dengan rangkaian kuasa 1.5 liter apabila mampu menyalurkan 118hp dan tork setinggi 200Nm. Pastinya, enjin itu memberi penjimatan bahan api serta tawar prestasi lebih mengagumkan.
Pada masa sama juga, enjin standard masih lagi dikekalkan serta turut menawarkan rangkaian kuasa silinder 1.5 hibrid i-MMD (Intelligent Multi Mode Drive) menggantikan unit i-DCD sedia ada.
Enjin i-MMD itu adalah rangkaian kuasa baharu daripada Honda, yang turut digunakan pada model Fit serba baharu.
Jadi untuk pasaran Thailand sahaja, dua varian enjin ditawarkan. Mungkin enjin sama juga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia, katanya pada tahun depan. Namun, tiada lagi maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Honda Malaysia, anda tunggu pengumuman kami nanti.

;