Sejak ia dilancarkan, Honda Malaysia sudah menerima 9,000 tempahan bagi model segmen B menerusi City baharu.

Dengan tiga varian ditawarkan, V menerima tempahan paling tinggi iaitu 54 peratus. Pelanggan di kawasan tengah mempunyai permintaan paling tinggi dengan 44 peratus tempahan, diikuti utara iaitu 22 peratus dan 19 peratus bagi selatan.


Warnanya pula, Putih Mutiara Platinum menjadi pilihan pelanggan dengan mencatatkan 28 peratus keseluruhan jualan. Sehingga kini, sudah 2,400 unit City Baharu diserah kepada pelanggan di seluruh negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, permintaan City baharu cukup memberangsangkan dengan peningkatan 80 peratus selepas sebulan ia dilancarkan.


“Model Honda ini terus memikat hati rakyat Malaysia sama ada orang dewasa yang bekerja, eksekutif muda atau keluarga muda.

“Kami sangat bersyukur mendapat maklum balas positif daripada pelanggan Honda dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas sokongan berterusan,” katanya.

Baca juga artikel lain:
>> Honda City Serba Baharu Tawar 4 Varian, Harga Bermula RM74,191​