Bermula daripada kereta pemanduan harian, tetapi kini ia sudah berubah menjadi sebuah jentera yang cukup menarik dan hanya dipandu untuk acara autoshow sahaja.
Itulah kisah disebalik Honda Civic EJ dalam paparan modifikasi kali ini yang sudah pun berumur hampir 20 tahun.
Bermula 2011, jentera yang asalnya untuk pemanduan harian itu diubah suai secara berperingkat untuk membuatkan kelihatan gah seperti ini.
Dari enjin asal, ia ditukar kepada K20 dan seterusnya ke K24 untuk memberi lebih prestasi serta kepuasan buat pemiliknya, Husairi Halim, 40.
Pemiliknya yang berasal dari Perlis dan kini menetap di Kelana Jaya, Selangor, memaklumkan proses modifikasi itu mengambil masa yang cukup lama dan menelan belanja besar, mungkin boleh mencecah RM50,000.
Jika lihat setiap secara kasar pada kenderaan itu, angka itu sebenarnya mungkin lebih kerana banyak komponen yang digunakan adalah berjenama, selain kos upah, cat serta lain-lain lagi.
Luarannya, boleh dikatakan ia sangat kemas dan tidak terlalu ekstrems dengan kit-kit badan yang boleh menyakitkan mata. Apa yang boleh lihat, Honda Civic EJ ini tampak sporty dengan padanan rim TE37 yang dibaluti tayar Toyo Proxes dan di bahagiannya turut dipadankan angkup brek Spoon.
Pada masa sama, aksesori Mugen juga digunakan terutama pada lips bampar hadapan dan spoiler belakang. Simple tapi cantik!
Kabinnya pula, kondisi ruang dalaman tampak bersih dan kemas seolah-olah tidak percaya ia sebuah kereta yang sudah berumur 20 tahun.
Jentera itu menggunakan sepasang tempat duduk bucket Recaro kuning di hadapan, manakala belakang dibiarkan kosong tanpa kerusi sehingga boleh melihat ruang but belakang.
Paling menarik yang drebar.my mahu tunjuk kepada anda adalah enjin jentera ini, ia cukup mengagumkan dengan susun atur, kemasan dan warna yang menyerikan ruang itu.
Enjin yang digunakan itu adalah daripada Honda Integra DC5, tetapi menggunakan blok K24 yang disumbat dengan omboh Wiseco yang disambung conrod Skunk2.
Blok itu ditutup dengan kepala silinder DC5 yang mana menggunakan aci sesondol (camshaft) Skunk2 dan injap Supertech. Intake manifold pula paling menyerlah selepas dipadankan dengan Kinsler 4 Throttle.
Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke kotak gear DC5 yang dibantu dengan klac OS Giken. Buat pengetahuan anda, jentera ini memiliki kuasa yang cukup padu. Selepas ujian Dyno yang dilakukan sebelum ini, ia mampu menyalurkan 300hp!
Erywan
Tue Dec 24 2019
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok X Astro - Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya