Honda Civic Type R Jadi Kereta Keselamatan Rasmi World Touring Car Cup (WTCR) FIA 2020
Erywan
06/07/2020 08:35 MYT
06/07/2020 08:35 MYT
Honda Civic Type R ternyata menjadi kejayaan segera bagi pembuat kenderaan Jepun dan kini menjadi kereta keselamatan rasmi untuk musim World Touring Car Cup (WTCR) FIA 2020.
Menampilkan warna seragam khas hasil sentuhan artis Belgium, Civic Type R menampilkan warna badan Sunlight Yellow (kuning) yang turut menyertai perlumbaan Civic Type R TCR di Salzburgring, Austria pada 12-13 September serta satu lagi pusingan lain dalam kalendar WTCR.
Ketua Acara Eurosport Penganjur WTCR, Francois Ribeiro berkata, Honda mempunyai sejarah yang banyak dalam persaingan FIA World Touring Car dan komitmennya yang lama untuk kategori ini tiada taranya.
"Jadi kami dengan senang hati menyambut kedatangan Honda sebagai Rakan Kerjasama Kereta Keselamatan Rasmi WTCR - FIA World Touring Car Cup yang baharu menerusi Civic Type R Limited Edition.
"Memiliki kereta ikonik seperti Civic Type R sebagai kereta rasmi keselamatan dengan penilaian keselamatan yang sangat baik, sporty, kualiti dinamik, dan kemampuannya - sangat sesuai dengan falsafah WTCR," katanya.
Honda Civic Type R (2020) Edisi Terhad itu adalah kompak hot hatch versi litar. Ia menampilkan damper, dua brek cakera terapung dan kabin dalam dengan kemasan jalur serta rim aloi ringan tuangan 20-inci jenama BBS bersama balutan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.
Kemasan itu menyumbang kepada berat jentera lebih ringan 47kg berbanding Type R spesifikasi GT. Bahagian janakuasa kekal menggunakan enjin 2.0L turbo VTEC berkuasa 315hp pada 6,500rpm dan tork 400 Nm.