Boon Siew Honda melancarkan Honda CRF250 Rally keluaran 2021 dengan gaya yang diambil daripada jentera lumba HRC CRF450 Rally Dakar.


Kehadiran model itu untuk memberi cita rasa pengembaraan dengan tunggangan lebih mudah. CRF250 Rally keluaran 2021 kini lebih ringan sehingga 5kg selepas menggunakan kerangka dan lengan ayun baharu.


Pembaharuan yang dilakukan Honda CRF250 Rally keluaran 2021 membabitkan:


Rangkaian kuasanya, ia menggunakan enjin satu silinder 250cc empat lejang DOHC dengan menyalurkan 24hp pada 9,000rpm dan tork setinggi 23Nm pada 6,500rpm.


Sistem suspensinya pula, ia menggunakan fork USD di hadapan dimensi 43mm dan turut dibantu dengan penyerap hentak Pro-Link di belakang. Kedua-dua roda dilengkapi dengan sistem ABS secara standard.


Ciri-ciri lain, ia hadir dengan lampu utama LED dan lampu isyarat dengan pemegang getah. Kemudahan lain, meter kelajuannya kini dilengkapi dengan penunjuk posisi gear dan takat bahan api sebagai ciri baharu. CRF250 Rally hanya ditawarkan warna merah sahaja dan dijual pada harga bermula RM27,599.