Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Honda CR-V Facelift Tambahan Ciri Baharu Yang Lebih Menarik, Harga Bermula RM139,912

Erywan
05/11/2020 06:01 MYT
Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasmi Kenderaan Utiliti Sport (SUV), CR-V versi dipertingkatkan selepas membuka tempahannya pada awal bulan lalu.

Dalam tempoh sebulan, sebanyak 600 unit CR-V sudah ditempah bagi model yang melakukan pemasangan tempatan (CKD) itu. CR-V dipertingkatkan atau facelift, menampilkan beberapa pembaharuan membabitkan gril hitam baharu dengan lampu utama LED Honda Signature.


Ia juga dipadankan dengan bampar baharu serta dilengkapi krom berbentuk sayap baharu. Penampilan tampak maskulin dengan bahagian belakang terdapat sayap krom dan kemasan paip ekzos, selain dilengkapi rim dwi-tona 18-inci baharu.

Ciri yang paling terkini, CR-V menerima ciri kemudahan baharu iaitu Hands-free Power Tailgate yang membolehkan anda membuka dan menutup pintu but dengan pengesan kaki di bawah bampar.


Bahagian dalaman pula, ia diperkemaskan untuk memberi kemudahan kepada pengguna selepas kini mempunyai dua USB port yang diletak di bawah tombol gear.

Sebagai tambahan, SUV itu kini dilengkapi ciri Kawalan Penghidup Enjin yang membolehkan pengguna menghidupkan enjin dengan menekan butang kawalan tanpa membuka kunci pintu dan membuka penyaman udara sebelum memasuki kenderaan. Ia juga mempunyai ciri baharu iaitu Kawalan Menutup Cermin Pintu yang mana ia boleh diturunkan dengan menggunakan kunci pintar.


Prestasinya, ia masih mengekalkan penggunaan unit 1.5-liter VTEC Turbo yang menyalurkan 193hp dan tork setinggi 243Nm, iaitu bersamaan dengan output enjin 2.4-liter.

Bagi versi 1.5L TC-P, ia turut ditawarkan dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) dan semua roda (4WD). Varian 1.5L TC-P 4WD adalah versi tertinggi dalam keluarga CR-V. Bagi varian 4WD, ia akan masih mendapat ciri Intelligent Control System yang mengagihkan tork optima pada roda belakang untuk cengkaman dan kawalan lebih baik.

Untuk memberi pilihan kepada penggunanya, CR-V facelift juga ditawarkan dengan satu varian yang menggunakan enjin 2.0 liter iaitu 2.0L 2WD.


Ciri keselamatan, Honda CR-V dilengkapi Honda SENSING yang lengkap dengan lapan ciri membabitkan:

Tambahan itu, CR-V facelift turut dilengkapi ciri baharu iaitu Peringatan Pemakaian Tali Pinggang Belakang. Ia melengkapi ciri keselamatan sedia ada membabitkan Honda LaneWatch, Enam Beg Udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Amaran Brek Kecemasan (ESS), Sistem Anti-kunci Brek (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek dan banyak lagi.


Warnanya pula, ia ditawarkan dengan beberapa pilihan membabitkan Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan pilihan baharu iaitu Platinum White Pearl.

Ini harga CR-V facelift dengan pengecualian cukai jualan mengikut varian:

Ini pula harga CR-V facelift dengan cukai jualan mengikut varian:

#honda