Antarabangsa

Honda e - Kereta elektrik futuristik bakal jual di Jepun tahun depan

gempak
Erywan
28/10/2019
00:11 MYT
Sponsor Banner
Honda e - Kereta elektrik futuristik bakal jual di Jepun tahun depan
Selepas diperkenalkan di Frankfurt Motor Show pada September lalu, kini giliran Tokyo Motor Show pula untuk memperkenalkan Honda e.
Biarpun diperkenalkan pada acara dwi tahunan itu, ia akan dipasarkan di Jepun pada Februari tahun hadapan.
Jentera elektrik itu dikuasakan dengan kuasa daripada bateri ion lithiom yang berkuasa 35.3kw. Ia dikatakan mampu dipandu sejauh 220km bagi setiap kali pengecasan yang penuh.
Untuk mengecas, Honda e boleh mendapat kuasanya dari sistem fast charging berkapasiti 100kWh, bermakna 80 peratus bateri dicapai dalam 30 minit. Pengecas 50kWh pula mencapai jumlah sama dalam 36 minit.
Motor elektrik yang dipasang di belakang itu menjana kuasa ke tayar belakang, dan turut mendapat torque vectoring. Ini memberikan respon dan pengendalian lebih baik di selekoh-selekoh tajam.
Rekaan lebih kemas dengan pemegang pintu yang tersorok untuk meningkatkan kecekapan aerodinamik. Tempat mengecas diletakkan di tengah bonet. Ia kelihatan lebih mudah untuk dibuka bagi mengecasnya.
Jika menjengah di ruang dalaman, terdapat papan pemuka digital dengan 5 skrin yang didominasi oleh dua skrin sesentuh LCD 12.3-inci setiap satu untuk fungsi infotainmen. Skrin ini terbina di dalam papan pemuka dengan kemasan seperti kayu.
Paling penting, stereng yang ada pada Honda e itu kelihatan seperti Fit generasi keempat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live