Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Honda Fit generasi keempat lancar di TMS 2019 - Ini maklumat yang kami tahu setakat ini

Erywan 23/10/2019 | 02:38 MYT

Honda Motor Company secara rasminya melancarkan generasi keempat Honda Jazz/Fit di acara dwi tahunan Tokyo Motor Show 2019.

Sebagai sebuah model baharu dalam pembangunan automobil, pasukan pembangunan Honda mahu menawarkan “nilai emosional" yang terbahagi kepada empat dimensi bagi keselesaan untuk menyokong kehidupan harian pelanggan mereka.
Lebih-lebih lagi, Fit baru didatangkan dalam lima varian yang berbeza bagi membolehkan pelanggan memilih model yang sesuai mengikut gaya hidup dan tahap kehidupan.
Versi hibrid Fit baru itu juga akan menjadi kereta kompak Honda pertama yang dilengkapi dengan sistem hibrid 2-motor. Ia dibangunkan untuk merealisasikan prestasi alam sekitar yang sangat baik dan menawarkan pengalaman pemanduan selesa. Model berkenaan akan dipasarkan sebahagian kepada model Honda e:HEV. Kini Fit baharu boleh dibezakan dengan empat ciri membabitkan:
Pandangan yang jelas
Ia kini dilengkapi tiang depan dengan struktur keratan rentas yang berbeza dari generasi Fit sebelumnya. Ciri itu membolehkan tenaga mengalir ke badan kenderaan sekiranya berlanggar.
Tiang depan yang baru itu direka untuk memberi penglihatan depan yang luas berbanding dengan model Fit sebelumnya.
Selain itu, panel instrumen mempunyai reka bentuk yang rata dengan menekankan garis mendatar dan lurus. Pengelap cermin kelihatan terlindung daripada jika dilihat melalui ruang kabin untuk meningkatkan pemandangan yang selesa ketika memandu.
Kerusi
Bagi kerusi depan, Fit baru akan menjadi model pertama Honda yang mempunyai kerangka penstabilan badan generasi baru dengan membayangkan seolah-olah kerusi bagi model sedan premium.
Struktur sokongan kerusi itu juga menstabilkan badan dan membuat perjalanan yang jauh kurang memenatkan dan membolehkan pengguna menikmati kelembutan kerusi itu.
Bagi tempat duduk belakang pula, susunan kerusi yang serba boleh itu seperti Fit generasi sebelumnya, selain menawarkan keselesaan seperti model sedan premium lain dengan. Ia kini menggunakan pad tempat duduk yang lebih besar dan tebal untuk keselesaan walaupun untuk penumpang dewasa.
Keselesaan Pemanduan
Fit baharu itu kini dilengkapi dengan sistem hibrid 2-motor kompak. Ia menawarkan pemanduan lancar dengan kuasa yang diperoleh daripada motor elektrik.
Kebolehgunaan
Biarpun mengekalkan kabin yang luas dari generasi Fit sebelumnya, Fit baru ini mempunyai ciri-ciri yang lebih baik membabitkan susun atur ruang penyimpanan lebih kemas bagi memastikan keselesaan semua penumpang.
Ruang dalamannya lebih nampak menarik apabila konsul tengah mempunyai parkir elektrik dengan butang ‘Hold’.
Bagi memberi pelbagai pilihan, Jazz/Fit baharu itu ditawarkan dengan lima varian yang terbahagi kepada:

  1. Basic - Ini adalah model paling asas bagi Jazz/Fit. Perbezaanya cuma material yang asas dengan tidak mempunyai gabungan warna berbeza.
  2. Home - Varian ini menggunakan warna yang lembut untuk membuatkan ruang kabin lebih santai serta padanan material premium. Ia menggunakan pad lembut dan berkualiti tinggi untuk lebih keselesaan.
  3. Ness - Fit/Jazz versi ini ditawarkan dengan gabungan warna, selain menggunakan bahan kalis air untuk tempat duduk dan panel instrumen yang mana Versi ini tampak sporty dan bergaya.
  4. Crosstar - Jika dilihat pada luarannya, ia seolah-olah sebuah kenderaan crossover yang sesuai untuk kegunaaan di kawasan bandar dan luar bandar. Luarannya ia dilengkapi aksesori pada bahagian ruang roda serta roof rail.
  5. Luxe - Jazz/Fit versi ini adalah untuk mereka yang suka berciri mewah apabila ruang dalamannya dipadankan dengan tempat duduk kulit. Luarannya ia diperkemaskan dengan beberapa komponen yang disaluti krom.

Kenderaan kompak itu akan dipasarkan di Jepun pada Februari tahun hapadan, bagi pasaran Malaysia pula masih lagi rahsia. Bagi model baharu itu, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih iaitu Honda SENSING.
Buat pengetahuan anda, Jazz/Fit mula diperkenalkan pada 2001 dan sepanjang tiga generasi yang ditawarkan ia sudah dijual melebih 7.5 juta dijual seluruh dunia.

#honda #Jazz #Fit
;