Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Honda Insight 2021-Penambahan Ciri Baharu Dengan Tawaran Warna Merah

Erywan 26/03/2020 | 07:02 MYT

Dua tahun lalu, Honda Insight baharu telah diperkenalkan di New York Auto Show 2018. Kini, tiba giliran sedan hibrid itu menerima penambahbaikan dari segi kelengkapan dan penawaran warna.

Seperti sebelum ini, ketiga-tiga varian Insight iaitu LX, EX dan Touring didatangkan standard dengan lampu hadapan LED ‘multi-elemen’, butang penghidup enjin serta sistem keselamatan dan bantuan pemandu Honda Sensing.
Apa yang baharu untuk model tahun 2021 adalah pilihan warna Radiant Red Metallic, serta penambahan ciri Blind Spot Information dan Rear Cross Traffic Alert pada varian EX dan Touring. Paparan infotainmen berukuran 8 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto dikekalkan sebagai ciri standard.
Varian tertinggi iaitu Touring pula mendapat upholsteri kulit pada tempat duduk, ciri lapan cara larasan kuasa untuk tempat duduk pemandu, sistem navigasi satelit, sistem pendingin hawa dua zon dan bermacam lagi.
Tiada perubahan pada aspek kuasa, bermakna Insight masih dikuasakan oleh pacuan hibrid yang terdiri daripada enjin petrol 1.5-liter empat silinder dan sebuah motor elektrik. Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 151hp dan 267Nm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi e-CVT.
Di Amerika Syarikat, Insight ditawarkan pada harga $22,930 (RM101,595) bagi varian LX, $24,810 (RM109,925) bagi EX dan $28,840 (RM127,780) bagi Touring.

;