Honda Malaysia mencatatkan pencapaian terbaik bagi tiga modelnya, Jazz, City dan CR-V selepas memperoleh kedudukan paling tinggi dalam Kajian Kualiti Awal Malaysia J.D. Power 2019 (IQS) dari segi kualiti kenderaan.

Bagi model Jazz dan City, kedua-duanya yang menjuarai segmen kereta bandar kompak dan entry level dengan skor 68 bagi setiap 100 kenderaan (P100) serta 59 P100. Dalam SUV segmen bukan nasional, CR-V pula mencatatkan skor tertinggi untuk tahun kedua berturut-turut dengan mata 64 PP100.

Keputusan itu diperoleh menerusi kajian dari aspek bahagian luaran, enjin, transmisi, ketersambungan hiburan dan banyak lagi. Keputusan lebih rendah skor, menunjukkan prestasi kualii yang lebih baik dan dinilai berdasarkan kepada maklum balas daripada jumlah masalah yang dialami oleh setiap 100 unit kenderaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya berbangga apabila model Honda mendapat tempat di hati pelanggan bagi kedudukan kualiti kenderaan baharu.

“Kami konsisten memperkenalkan Teknologi Termaju Generasi Baharu sebagai satu komitmen syarikat untuk menawarkan kualiti produk yang terbaik.

“Kilang milik Honda Malaysia di Pegoh, Melaka akan terus fokus dalam menghasilkan kenderaan dengan kualiti, keselamatan dan mesra alam. Selain menggunakan teknologi pengilangan termaju,” katanya.