Watch

Honda Jazz GE dikuasai enjin K Series

gempak
Public Anonymous User
03/05/2018
05:23 MYT
Sponsor Banner
Honda Jazz GE dikuasai enjin K Series
Honda Jazz adalah kereta kompak yang sudah memasuki generasi ketiga selepas buat kali pertama perkenalkan 2001 pada peringkat global.
Ia dikategorikan dalam keluarga kereta subkompak segmen B yang mana dibina sebagai kenderaan untuk kegunaan warga urban, selain memiliki ruang luas serta fleksibel.
Namun ruangan Modifikasi kali ini tampil sedikit kelainan bagi Honda Jazz GE iaitu model generasi kedua segmen subkompak itu.
Ia bukannya lagi Honda Jazz GE biasa, tetapi dinaik taraf secara ekstrem lebih-lebih lagi selepas menukar rangkaian kuasa K20A.
Difahamkan, enjin K20A itu selalunya digunakan pada model-model berprestasi jenama Honda membabitkan Civic Type R, Integra Type R dan Accord Euro R.
Selain itu, anda perlu tahu bahawa tidak ramai pemilik Honda Jazz di Malaysia menukar enjin K Series dan ini adalah satu jentera yang betul-betul unik.
Jadi pemilihan enjin itu juga agak bertepatan dengan konsep pilihan pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Yasser iaitu ‘smart & simple, but fast’.
Ia juga sesuai dengan minat pemiliknya yang mahu kereta tampil berbeza, tetapi lebih mementingkan kelajuan.
Bagi memasukkan enjin itu ke dalam ruang Honda Jazz GE, bukannya suatu kerja yang mudah tetapi memerlukan banyak proses ubah suai dan pada masa sama, poket perlulah tebal.
Rangkaian kuasa K20A di bawah bonet gentian karbon JS Racing sebenarnya bukannya standard dan sudah dimodifikasi untuk meningkatkan lagi kuasa dengan padanan beberapa komponen berprestasi.
Selain itu, kuasa daripada enjin berkenaan disalurkan ke kotak gear Honda Civic Type R (FD2R). Malah, emisi dari kebuk pembakaran dihantar menerusi ekstraktor JS Racing sebelum disalurkan ke paip 2.7 inci Tips Motorsport yang turut dilengkapi peredam K-Tuned.
Namun, tiada maklumat lanjut berhubung pretasinya, tetapi difahamkan jika spesifikasi enjin standard K20A ia akan menghasilkan lebih 200hp dengan tork melebihi 200Nm.
Jika melihat pada luarannya, tidak banyak komponen yang ditukar kecuali menggunakan kit badan RS dan beberapa barangan gentian karbon JS Racing seperti bonet serta spoiler GT-Wing.
Bagi tampak lebih menarik, kereta direndahkan menggunakan suspense F-Tuned dengan ruang roda dilengkapi rim TE37.
Sementara itu, ruang kokpitnya tidak banyak bezanya kerana masih menggunakan papan pemuka dan stereng asal, cuma tempat duduk pemandu ditukar kerusi ‘bucket’ Bride Zeta 3.
Pada belakang sterengnya pula, terletak Defi Advance ZD untuk bacaan suhu air dan minyak, RPM serta tekanan minyak.
Melihat pada konsul tengah ia menggunakan tombol K-Tuned untuk menukar gear seperti jentera spesifikasi perlumbaan yang turut dilengkapi kabel jenama sama.
Ditanya berapa lama untuk menyiapkan jentera dengan enjin itu, pemiliknya memaklumkan ia memerlukan hampir tiga bulan yang menerima sentuhan garaj Two Ben Racing.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024