Watch

Honda Jazz GE enjin standard, tetapi luaran memang gempak.

gempak
Public Anonymous User
08/05/2018
07:17 MYT
Sponsor Banner
Honda Jazz GE enjin standard, tetapi luaran memang gempak.
Sama seperti kebanyakan model yang dihasilkan oleh Honda, pasti ada konsep yang mahu diketengahkan oleh pembina produk ‘aftermarket’ seperti Seeker, Spoon atau Mugen.
Dan pastinya, barangan yang dihasilkan menerima permintaan daripada pengguna di seluruh dunia.
Seperti model Honda Jazz atau Fit, ia adalah kenderaan daripada platform sama dan cuma berbeza hanya pada nama. Sejak dari generasi GD sehingga GK yang wujud pada hari ini ditambah pula dengan enjin hibrid, prestasinya juga tidak pernah mengecewakan.
Seperti jentera yang dipaparkan kali ini. Jentera merah yang anda lihat ini tampil dengan konsep Honda Fit Mugen RS.
Boleh katakan kit badan Mugen sudah lengkap terpasang dengan kemasnya. Malah, beberapa aksesori lain daripada Mugen turut menambah seri pada jentera ini membabitkan logo dapra, logo titanium spoiler, pemegang nombor plat, pelindung cermin sisi gentian karbon, lampu Aero Illumination, kaca cermin sisi dan ‘door visor’.
Ada juga beberapa aksesori lain yang digunakan antaranya bonet hadapan Cormann, lampu belakang Stelar V, cermin panorama, lampu kabus LED Honda Access, pelindung pembuka pintu dan juga panel ‘garnish’ juga dari Honda Access.
Malah ia tampak lebih bergaya selepas gabungan rim Mugen MF8 bersama tayar Michelin PS4 yang mampu beri cengkaman hebat di atas permukaan jalan.
Aksesori dalamannya tidak kurang hebat selepas dilengkapi papan pemuka Fit RS, selain dipadankan meter Defi Advance ZD.
Pada masa sama, komponen lain boleh dilihat dalam ruang kabinnya membabitkan pelapik kaki, panel pintu dan pedal yang semuannya adalah jenama Mugen. Paling menariknya jika melihat ruang meter kelajuan binaan khas dengan berkonsepkan RS Mugen.
Jika membuka bonet hadapan, enjinnya masih lagi standard. Cuma ada beberapa komponen sudah digantikan membabitkan penapis udara K&N, penutup minyak pelincir, penutup radiator, penutup tangki brek jenama Mugen.
Sistem ekzos juga dinaik taraf dengan peredam Mugen serta paip saluran menggunakan jenama HKS.
Biarpun enjin masih standard, tahap kestabilan dan keselesaan dibantu dengan penggunaan damper Cusco Street Zero, ‘strut bar’ depan dan belakang, ‘anti-roll bar’ dan juga ‘chasis bar’ juga daripada Cusco. Maka, tiada lagi masalah olengan badan yang melampau ketika memandu.
Sementara itu, kuasa hentian menjadi lebih cekap dengan penggunaan kaliper brek hadapan AP Racing lengkap bersama rotor 330mm serta pelapik brek Ferodo.
Bagi brek belakang pula, kalipernya dipasangkan dengan pelapik dari Endless 400 degree yang mengapit kemas rotor berukuran 310mm.
Malah, hos asal sudah digantikan dengan ‘steel braided’ dari BF Goodridge keseluruhannya. Kami yakin, kos untuk mengubahsuai jentera ini bukannya murah dan mungkin melebihi RM15,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024