Honda HR-V generasi kedua dikatakan bakal dilancarkan pada 18 Februari ini yang diumumkan dalam portal Honda Jepun.

Jika di sana, mereka menggunakan nama Vezel untuk model HR-V yang di jual di Malaysia ini. Dalam pasaran, HR-V sebenarnya sudah lapan tahun diperkenalkan pada peringkat global, dan ini adalah waktu yang sesuai untuk memperkenalkan generasi kedua dengan rekaan baharu.


Menerusi portal honda.co.jp, ia turut memberi beberapa keping gambar teaser berhubung HR-V baharu itu. Berdasarkan gambar berkenaan, bentuk belakangnya ia kelihatan sedikit terutama pada butnya tidak menegak seperti versi yang ada sekarang.


Lampunya juga kelihatan sedikit nipis dan logonya seperti terkeluar sedikit. Berdasarkan gambar teaser itu juga, model berkenaan mempunyai bumbung panoramik di bahagian belakang. Ruang dalamannya, kelihatan papan pemukanya mempunyai dua bahagian berbeza. Sistem infortaimen juga seolah-olah mempunyai rekaan terapung.


Apa yang pasti dalam gambar itu, sistem infortaimen mempunyai ciri Apple CarPlay sambil tangan model memegang telefon bimbit. Rangkaian kuasanya, nampaknya Honda mengesahkan SUV kompak itu didatangkan dengan pilihan sistem hibrid e:HEV seperti Jazz dan City.