Tempatan
Honda Jepun Lancar GB350/S - Mudah Dikendalikan Serta Tawar Pengalaman Touring Terbaik
Honda Jepun baru saja memperkenalkan model GB350 baharu dan akan mula berada di pusat jualan Honda Dream bermula 15 Julai depan. Berasaskan konsep tunggangan harian, Honda Basic Roadster, GB350 bukan sahaja mudah dikendalikan untuk kegunaan harian tetapi turut menawarkan pengalaman touring terbaik buat penunggang.
Bahagian janakuasa menggunakan enjin 348cc silinder tunggal OHC penyejukan udara yang menghasilkan kuasa 20PS pada 5,500rpm dan tork 29Nm pada 3,000rpm. Model terbabit didatangkan dengan rekaan baharu yang menampilkan frem jenis cradle semi berganda digabungkan dengan posisi tunggangan menegak santai.
Sistem pencahayaan juga sudah menggunakan LED penuh. Unit kuasa baharu ditingkatkan menerusi lejang lebih panjang 90.5mm dan diameter dalaman 70mm bersama nisbah transmisi lebar dan penggunaan flywheel lebih besar. Sementara, Honda Selectable Torque Control (HSTC) mengawal tork enjin mengikut permukaan jalan di samping Kawalan Assist Slipper yang menawarkan tukaran gear lebih lancar.
Honda GB350 S yang berasaskan GB350 pula ditawarkan dengan tayar belakang lebih lebar, muffler yang besar, fender depan/belakang lebih pendek dan pelindung sisi dengan konfigurasi permukaan tajam.
Fork depan pula memiliki diameter dalaman paip lebih besar sama seperti motosikal sesaran besar bagi meningkatkan ketepatan dan mengurangkan bengkok akibat tekanan luaran permukaan jalan. Suspensi belakang pula memperoleh prestasi redaman yang sangat responsif dengan penggunaan gas nitrogen dalam peredam.
Brek cakera diameter besar digunakan di depan dan belakang yang kemudian dipadankan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) sebagai standard. GB350 menggunakan rim aluminum GDC bersaiz 19 inci (depan) dan 18-inci (belakang) manakala GB350S menggunakan tayar radial lebih lebar yang mana rim belakang lebih kecil iaitu 17-inci.
Honda Jepun menyasarkan jualan tahunan sebanyak 4,500 unit. Honda GB350 didatangkan dengan warna iaitu kelabu dan hitam pada harga Yen 550,000 (RM20,626) manakala GB350 S yang ditawarkan dengan warna biru, hitam dan merah berharga Yen 594,000 (RM22,276).
Must-Watch Video