Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Antarabangsa

Honda Kekal Jualan No.1 Bagi Kenderaan Bukan Nasional Di Malaysia, City Adalah Penyumbang Utama

Erywan 05/01/2021 | 06:49 MYT

Honda Malaysia mengekalkan posisi di tempat pertama selama enam tahun berturut-turut selaku pendahulu penjual kenderaan bukan nasional di negara ini.

Syarikat berkenaan mencatatkan jumlah jualan 60,469 unit pada 2020 dengan City adalah penyumbang utama dengan 34 peratus diikuti Civic dan HR-V yang masing-masing sejumlah 20 serta 17 peratus.
Pada masa sama, City Serba Baharu turut mencipta sejarah dalam jualan bulanan terbanyak dengan 5,500 unit pada Disember 2020.
Selepas dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2020, lebih 15,200 unit City Serba Baharu sudah ditempah sekali gus menjadikan jumlah paling banyak tempahan yang diterima Honda Malaysia pada separuh tahun kedua 2020.
Antara Oktober sehingga Disember 2020, Honda Malaysia sudah pun menyerahkan 10,800 City Serba Baharu kepada pelanggan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, varian paling tinggi iaitu V mencatatkan jualan paling banyak dengan 52 peratus dan warna putih mutiara platinum menjadi pilihan.
Permintaan paling tinggi adalah negeri kawasan tengah dengan menyumbangkan 48 peratus diikuti selatan dan utara yang masing-masing mencatakan 19 serta 18 peratus.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata, biarpun 2020 sangat mencabar, pihaknya mampu mengekalkan posisi pertama dalam penjualan kenderaan bukan nasional selama enam tahun berturut-turut.
“City terus membuktikan ia selaku kenderaan popular segmen B bukan keluaran nasional kepada masyarakat Malaysia yang meminati ciri-ciri terkini dengan pakej harga yang menarik.
“Sejak beberapa tahun ini, City tidak pernah menghampakan masyarakat Malaysia dan sentiasa mencapai rekod jualannya bermula dari pengenalan generasi kelima,” katanya.

#honda
;