Tempatan

Honda kekal No.1 dalam segmen bukan nasional

gempak
Erywan
05/07/2019
02:38 MYT
Sponsor Banner
Honda kekal No.1 dalam segmen bukan nasional
Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) mencatat jualan lebih 44,200 unit kenderaan untuk separuh pertama 2019 dengan Mei merekodkan jualan tertinggi sebanyak 10,500 unit.
Berdasarkan kepada keputusan itu, Honda Malaysia mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional, manakala No. 2 untuk Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) 2019 dengan menguasai 15.3 peratus TIV.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Malaysia kerana memberi sokongan kepada Honda.
“Separuh pertama 2019 sememangnya mencabar. Dalam tempoh itu juga, Honda Civic mencapai jualan yang ke-130,000 unit, manakala Jazz pula mencatat jualan ke-100,000 unit.
“Honda akan terus menawarkan produk berteknologi dan berkualiti tinggi kepada anda semua,” katanya.
Berdasarkan jualan itu, penyumbang terbesar adalah City dengan 34 peratus diikuti oleh HR-V (20 peratus) dan CR-V (14 peratus).
Sementara itu, Honda Malaysia melancarkan kempen Tech Frontier Rewards yang akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang membeli model dilengkapi teknologi Honda SENSING, Turbo dan Sport Hybrid i-DCD.
Kempen itu menawarkan Bonus Honda, Tech Month Bonus dan hadiah eksklusif yang bernilai sehingga RM5,000. Ia bermula 1 Julai sehingga 30 September dan terbuka kepada semua model kecuali Civic Type-R.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live