Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Honda Lancar CT-125 Hunter (2021) Warna Hijau Askar

Erywan
11/05/2021 03:01 MYT
Honda CT125 dipamerkan sejak Pameran Motor Tokyo dua tahun lalu dan secara konsep motosikal cub terbabit dibangunkan bagi menghidupkan kembali warisan model popular Honda masa lalu.


Terkini Honda Thailand memperkenalkan CT125 Hunter Cub (2021) dengan label Army. Negara jiran terbabit memperkenalkan pilihan warna Safari Green pada CT125 Hunter Cub dan menariknya Honda Thailand adalah pengeluar pertama yang memperkenalkan warna itu.


Dari segi rekaan, Honda CT125 memiliki lampu depan bulat dengan dipadankan lampu signal berkotak yang menjadi ciri khas Honda CT. Bahagian ekzos direka lebih tinggi bagi mempertahankan karakter motosikal trekking, manakala dapra depan diperbuat dari besi.


Honda CT125 menggunakan enjin 125cc, PGM-FI yang menghasilkan kuasa 6.5kW pada 7,500rpm dan tork maksimum 11Nm pada 4,500rpm. Posisi intake duct yang tinggi untuk mengurangkan debu masuk, sementara bahagian belakang pelana ditempatkan ruangan besar untuk penunggang menyimpan barangan dengan kapasiti maksimum hingga 20kg ketika berkelana jauh.


Sistem pencahayaan LED dipadankan dengan panel meter digital bentuk bulat yang memaparkan pelbagai maklumat tunggangan. Saiz tangki minyak 5.3 liter menawarkan tungangan jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak. Beratnya 120kg dipadankan dengan bahagian kaki teleskopik dan rim 17 inci di depan bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS).

Sumber: young-machine.com

#honda
;