Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Honda Malaysia Bakal Lancar Model Baharu, Tawar Promosi Menarik Untuk Merancakkan Momentum Perniagaan

Erywan
03/09/2021 08:30 MYT
Honda Malaysia akan merancakkan momentum perniagaannya yang berbaki empat bulan pada tahun ini dengan bakal melancarkan beberapa model baharu, program pembiayaan dan promosi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata,model yang bakal diperkenalkan pada tidak lama lagi adalah kenderaan Honda yang dilengkapi dengan generasi teknologi terkini.

“Dengan pelancaran ini, ia akan menawarkan masyarkat Malaysia dengan model pilihan baharu disamping dapat menikmati pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember ini.

“Selain pengecualian cukai, Honda Malaysia turut menawarkan promosi Istimewa September sepanjang bulan yang mana pelanggan boleh menikmati manfaat sehingga RM6,000,” katanya.


Buat masa ini, Honda Malaysia tidak memaklumkan model apa yang bakal lancarkan tidak lama lagi. Namun, kami menjangka ia adalah Honda City Hatchback yang sudah lama untuk pelancarannya. Selain itu, adakah Honda Civic baharu yang dilancarkan di Thailand baru-baru ini bakal memasuki Malaysia pada tahun ini.

Pada masa sama, Honda Malaysia juga memperkenalkan inisiatif pembiayaan iaitu Program Pembiayaan Istimewa yang akan tamat pada 31 Disember 2021. Inisiatif itu membolehkan pelanggan membayar ansuran bulan yang rendah pada peringkat awal pemilikan mereka.

Sementara itu, pembukaan sektor automotif dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) pula membolehkan kilang pemasangan di Melaka dan bilik pameran kembali beroperasi sepenuhnya.

Honda Malaysia mengambil langkah sewajarnya untuk mengekalkan produksi di kilang dan memastikan keperluan pelanggan dipenuhi melalui produk berkualiti tinggi.


Kilang dan semua pengedar Honda akan mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan demi mewujudkan persekitaran selamat untuk semua.

Kira-kira 80 peratus kakitangan Honda Malaysia sudah lengkap divaksinasi melalui program imunisasi industri, PIKAS dan bakinya dijangka mendapat vaksin penuh mereka menjelang Oktober 2021.

#honda
;