Tempatan

Honda Malaysia bekerjasama dengan Astro Radio, Tealive dan unifi bagi Road to 900,000th Unit Milestone

gempak
Erywan
21/08/2019
03:47 MYT
Sponsor Banner
Honda Malaysia bekerjasama dengan Astro Radio, Tealive dan unifi bagi Road to 900,000th Unit Milestone
Bagi meningkatkan penyertaan terhadap kempen Road to 900,000th Unit Milestone, Honda Malaysia bergabung dengan tiga jenama utama membabitkan Astro Radio, Tealive dan unifi.
Kempen tagline Terima Kasih 900K itu dilancarkan bulan lalu dan nyata membentuk momentum untuk Honda Malaysia mencapai sasaran jualan yang ke-900,000 unit menjelang suku ketiga tahun 2019.
Kempen itu menawarkan hadiah sembilan model Honda dan tiga daripadanya akan diberikan kepada peserta peraduan yang dianjurkan oleh Astro Radio, Tealive dan unifi.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, gabungan tiga jenama utama itu adalah kerjasama kali pertama bagi Honda Malaysia.
“Kerjasama ini adalah tanda terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa memberi sokongan dan menjadikan kami jenama pilihan ramai.
“Sehingga kini, kami menerima penyertaan yang sanga memberangsangkan bagi kempen Road to 900,000th Unit Milestone. Kami percaya kempen ini akan meningkatkan kepuasan memiliki Honda bagi pelanggan,” katanya.
Selain itu, Honda Malaysia turut mengumumkan pemenang pertama kempen Road to 900,000th Unit Milestone iaitu Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi. Dia menerima Honda Civic 1.5L Turbo di pengedar Honda di Kelantan, Ban Chu Bee Sdn Bhd.
Tinggal lagi lapan unit untuk anda memenangi kenderaan Honda, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024