Honda Malaysia mengumumkan 55,354 unit kenderaannya dipanggil balik untuk menggantikan pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Panggil balik kenderaan itu sejajar dengan penarikan semula pam bahan api yang dibuat oleh Honda pada peringkat global.


Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang timbul kepada pelanggan yang terjejas. Bagaimanapun, Honda Malaysia yakin bahawa semua model pengeluaran tahun 2020 tidak terjejas dalam panggil balik itu.

Panggil balik itu adalah sebagai langkah pencegahan untuk mengatasi kemungkinan kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti tiba-tiba. Pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan yang akan merangkumi perincian penarikan balik produk itu.


Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi mana-mana peniaga Honda yang sah untuk membuat temujanji selepas menerima surat pemberitahuan untuk menggantikan pam bahan api, namun ia tertakluk pada ketersediaan alat ganti terbabit.

Sehingga hari ini, tiada kejadian kemalangan atau kecederaan yang berpunca daripada isu itu dilaporkan di Malaysia. Penggantian pam bahan api yang terjejas adalah percuma dan semua kos yang berkaitan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Stok gantian akan tersedia secara berperingkat.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pengedar Honda yang sah atau layari ke www.honda.com.my untuk memeriksa status kenderaan mereka.

Ini senarai kenderaan yang terbabit: