Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Honda Paten Sistem Sensor Dan Kamera Motosikal, Adakah Ini Honda Sensing Bagi Jentera Dua Roda?

Erywan
30/01/2020 09:27 MYT
Honda memfailkan paten untuk sensor dan kamera untuk mengesan kemungkinan risiko di jalan raya.

Paten yang difailkan itu mungkin menjadi ciri keselamatan termaju, sekali gus mampu membantu mengurangkan kecelakaan.

Berdasarkan lakaran paten itu, Honda mencipta sensor dan kamera yang terletak pada hujung hendal dan pada bahagian belakang.

Menariknya, kamera itu akan menyalurkan maklumat pada kotak suis sekiranya mengesan bahaya sebelum memaklumkan amaran kepada penunggang.

Adakah sistem itu seperti Honda Sensing yang ada pada kereta jenama Honda seperti Civic, CR-V dan Accord. Jika ya, ia adalah satu sistem keselamatan yang cukup baik kerana mempunyai Kawalan Jelajah Adaptif, Sistem Amaran dan banyak lagi.

Buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh Honda berhubung teknologi berkenaan. Mungkin, ia mengambil masa lama untuk sistem sensor itu dilaksanakan pada motosikal kerana ia perlu kajian dan percubaan terlebih dahulu.

Sumber morebikes.co.uk
;