Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Honda RS150R V2 Tawar Empat Warna, Harga Bermula RM8,199

Erywan
06/01/2020 06:15 MYT
Pada hujung tahun lalu, heboh di media sosial yang mana Honda RS150R V2 tiba di kedai motosikal di seluruh negara.

Namun pada hari ini, Boon Siew Honda secara rasminya melancarkan Honda RS150R V2 itu buat pasaran Malaysia. Cuma ada segelintir peminat motosikal, terkilan apabila jentera yang hadir adalah bukan versi Winner X yang menjadi model ditunggu-tunggu di Malaysia.

Kita lupa seketika Winner X itu, dan tertumpu kepada Honda RS150R V2. Bagi model baharu itu, ia kini dipertingkat dengan rekaan lebih sporty ditambah dengan sentuhan premium.

Selaras dengan konsep baharu, bahagian belakang direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih runcing sekali gus mempertingkatkan visual keseluruhan.

Selain daripada rekaan yang menonjol, Honda RS150R turut mendapat kemasan moden bagi mempertingkatkan keselesaan penunggang antaranya panel meter LCD digital baharu untuk paparan berteknologi tinggi.

Fungsi terbaru itu untuk memudahkan penunggang melihat dengan jelas, terang dan lengkap informasi di panel meter. Ciri berkenaan menyampaikan lagi perwatakan RS150R yang lebih fokus penunggang.

Honda RS150R V2 turut didatangkan dengan rekaan grafik terbaru lantas mengangkat rekaan sporty ke taraf yang lebih tinggi. Ia juga hadir dengan warna Trico Honda termasuk warna pilihan sedia ada membabitkan Hitam, Biru dan Edisi Repsol.

Bagi rangkaian kuasanya, Honda RS150R masih lagi kekal dijana dengan enjin 149.2cc empat valve DOHC yang dipadankan transmisi enam enam kelajuan.

Enjin itu menghasilkan 15.42hp pada 9,000rpm dan tork setinggi 13.6Nm pada 6,500rpm.

Harga Honda RS150R V2 mengikut warna:
Varian Harga
Standard (Trico, Hitam, Biru RM8,199
Edisi Repsol RM8,499
;