Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Honda S660 Modulo X Version Z, Versi Penamat Pengeluaran S660

Erywan
15/03/2021 02:43 MYT
Modulo X adalah aksesori tulen dan peralatan istimewa di bawah syarikat Honda Access, Jepun. Terkini model S660 Modulo X Version Z menjadi spesifikasi istimewa dari Honda Access sebagai penamat pengeluaran S660. Versi Z berkenaan didatangkan dengan serangkaian ciri peralatan tertinggi bermula dengan warna badan Sonic Grey Pearl.


Kemasan hitam disematkan pada rim dan spoiler aktif serta logo H dan lencana model kenderaan. Masuk ke dalam kabin panel meter, konsol tengah dan penyaman udara digantikan dengan kemasan karbon di samping warna merah pada kerusi kulit dengan jahitan benang kelabu.


Nilai eksklusif ditingkatkan dengan plak aluminium nama model yang diletakkan di hujung konsol tengah dan beg kerusi tengah yang boleh ditanggalkan.


Seperti namanya S660 Modulo X, Honda menawarkan peredam lima peringkat boleh laras dan sistem brek yang ditingkatkan bersama pad brek prestasi tinggi.


Dari segi mekanikal S660 menggunakan enjin 660cc turbo 3-silinder yang menghasilkan kuasa 63hp pada 6,000rpm dan tork 104Nm pada 2,6000rpm bersama transmisi manual 6-kelajuan.


Harga jualan ialah Yen 3,150,400 (RM118,833), jadi yang berminat jangan lepaskan peluang kerana model ini boleh dijadikan senarai item koleksi mengambil kira pengeluaran S660 yang bakal tamat hujung tahun 2022.

Sumber: response.jp

#honda
;