Antarabangsa

Honda tawar CB400 SF edisi terhad – Rekaan legenda sepanjang zaman

gempak
Erywan
23/12/2019
02:03 MYT
Sponsor Banner
Honda tawar CB400 SF edisi terhad – Rekaan legenda sepanjang zaman
Honda CB400 Super Four (CB400 SF) adalah satu daripada model motosikal berstatus legenda di peringkat dunia.
Model itu mula diperkenalkan ke pasaran antarabangsa pada 1992 dan hingga kini, ia masih dijual di Jepun serta beberapa negara lain.
Ia juga mendahului kelas 400cc segmen naked dan menjadi satu-satunya model bersama enjin empat silinder sebaris. Kini, Honda menawarkan model CB400 SF dalam bilangan edisi terhad hanya untuk pelanggan di Jepun. Jentera itu didatangkan dalam warna Mate Beta Silver Metallic untuk tempoh terhad.
Pesanan dibuka dari 16 Disember 2019 hingga 31 Mei 2020. Penghantaran pertama akan berlangsung bermula 17 Januari ini. Warna kelabu satu tona pada keseluruhan motosikal berkenaan diserikan dengan beberapa garisan jalur tona lembut pada tangki minyak dan panel sisi pelana yang bersambung hingga ke belakang.
Honda memilih untuk mengenakan warna coklat keemasan pada kepala silinder motosikal dan kedua-dua rim untuk menonjolkan sifat sport. Honda CB400 SF berkapasiti 399cc itu boleh jana kuasa 56PS dan 39Nm tork diberi padanan kotak gear enam kelajuan. Saiz tangki minyak ialah 18 liter. Sasaran jualan bagi model edisi terhad CB400 SF ini ialah 400 unit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live