Honda Vietnam sekali lagi membuat ramai peminat Winner X di Malaysia cemburu apabila syarikat berkenaan mula memperkenalkan varian baharu iaitu Sport ABS buat pasaran di sana.

Varian baharu itu lebih menampilkan ciri-ciri yang lebih sporty serta menerapkan gaya maskulin dalam segmen motosikal moped.

Honda Winner X Sport ABS didatangkan dengan pelbagai pilihan warna serta corak grafik lebih menarik, selain mempunyai perkataan Sport di bahagian fairing sisinya.

Malah, pada bahagian hadapan juga mempunyai perkataan Sport untuk membezakannya dengan varian lain.



Pengenalan varian baharu itu selepas lapan bulan Winner X diperkenalkan di negara berkenaan dengan lebih 114,000 terjual sehingga Mac lalu, sekali gus menjadi model moped paling laris di Vietnam.

Winner X juga menjadi model pertama moped di negara berkenaan yang dilengkapi ciri keselamatan ABS pada brek hadapan.



Dari segi prestasinya, ia masih lagi sama dengan varian lain yang mana menggunakan enjin empat lejang PGM-FI dengan sistem suntikan bahan api serta dipadankan kotak gear enam kelajuan.

Enjin yang disejukan dengan penyejuk cecair itu mampu menyalurkan kuasa maksimum sehingga 15.4hp dengan torl setinggi 13.5Nm. Buat pasaran Vietnam, Honda Winner X Sport ABS akan berada di pasaran negara berkenaan bermula 8 Mei ini yang dijual 48.99 juta dong (RM9,103).