Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Hot Wheels lancar siri koleksi Japan Historics 3, jangka ada di pasaran tahun hadapan

Erywan
27/07/2019 03:28 MYT
Sempena pembukaan Art of Speed 2019, Hot Wheels melancarkan siri koleksi Japan Historics (JH) 3 dengan lima model skala baharu.

Siri koleksi itu bakal berada di pasaran pada tahun hadapan dengan menampilkan lima model membabitkan Nissan Skyline R30, Honda City Turbo II, Mazda Cosmo Sport, trak pikap Datsun Sunny dan Nissan Silvia generasi pertama.



Pada pelancaran itu, dua model sebenar turut dipamerkan membabitkan Nissan Skyline yang dibawa khas dari Brunei serta Honda City Turbo II.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Ketua Pereka Segmen Premium dan Koleksi Hot Wheels, Steve Vandervate serta Pengasas dan pemilik Art Of Speed, Asep Ahmad Iskandar.



Sebelum ini, JH siri koleksi pertama yang dikeluarkan pada 2016 menampilkan lima model membabitkan Datsun Bluebird 510 SSS Wagon, Nissan Skyline KPGC110 ‘Kenmeri’ GT-R, Nissan Skyline KGC10 ‘Hakosuka’ GT-X, Toyota 2000 GT dan Mazda RX-3.



Bagi JH siri kedua yang dilancarkan tahun lalu pula terdiri Datsun Bluebird 510 sedan, Mazda RX-3, Nissan Fairlady 240Z, Nissan Laurel 2000 SGX dan Nissan Skyline C210.



Buat masa ini, harga bagi JH 3 masih belum diumumkan dan kita tunggu sahaja pada tahun hadapan. Sudah pasti siri JH 3 ini akan ditunggu peminat Hot Wheels seluruh dunia termasuk Malaysia.

#Drebar #AOS #HotWheels
;