Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) melancarkan melancarkan SUV kompak dipertingkatkan menerusi model Kona yang ditambah baik pada bahagian penampilan serta ciri terkini. Bagi versi dipertingkatkan ini, ia hanya ditawarkan bagi model enjin Smartstream G2.0 Atkinson dengan ditawarkan dua varian iaitu Standard and Active. Buat masa ini, versi turbo 1.6 liter tidak ditawarkan dengan versi diperingkatkan ini.
Rangkaian kuasa itu menjana 149PS pada 6,200rpm dengan tork setinggi 180Nm pada 4,500rp yang mana ia disalurkan ke transmisi Smartstream IVT. Enjin Smartstream menawarkan prestasi yang dinamik dengan lebih lancar, pemanduan selesa, kurangkan emisi dan paling penting tahap penggunaan bahan api lebih baik.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2020/hyundai-kona-facelift-01.jpg)
Dimensinya, Kona dipertingkatkan itu adalah lebih panjang 40mm berbanding model sebelumnya. Perbezaannya boleh dilihat pada bampar hadapan dengan penggunaan
jeriji dan lampu utama baharu. Ia juga dipadankan lampu siang (DRL) dengan tampak futuristik, selain pada bahagian tepi bampar bawah mempunyai lubang angin untuk memberi karakter lebih menyerlah.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-facelift-02.jpg)
Bahagian belakangnya pula, bampar hadir dengan rekaan baharu serta bentuk rim yang terkini bersaiz 18 inci untuk varian Active, manakala Standard adalah 17 inci.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-facelift-05.jpg)
Menjengah ke ruang kabin, ia menerima beberapa perubahan yang mana papan pemula tampak lebar untuk memberi suasana lebih lapang. Malah, ia juga dilengkapi parkir brek elektrik dengan fungsi
auto hold. Sistem audionya dilengkapi
skrin 8 inci yang boleh digunakan dengan Android Auto dan Apple CarPlay yang didatangkan sebagai ciri standard untuk kedua-dua varian.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-facelift-04.jpg)
Bakal pemiliknya juga boleh memilih sama ada untuk kerusi kulit hitam atau
beige (cerah) untuk varian Active, manakala Standard hanya ditawarkan material fabrik hitam. Ciri baharu yang lain, Kona kini mempunyai fungsi
kawalan menghidup enjin dengan menekan butang pada kunci pintar.![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/hyundai-kona-facelift-07.jpg)
Ciri keselamatan, Kona varian Active mempunyai ciri yang terbaik iaitu Hyundai SmartSense membabitkan
Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA),
Rear Cross Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA) dan S
afe Exit Warning (SEW). Bagi memberi pilihan, Kona ditawarkan dengan lima warna luaran membabitkan
Surfy Blue, Dive in Jeju, Ignite Flame, Dark Knight dan
Misty Jungle.Harga Hyundai Kona Mengikut Varian: - Kona Standard - RM119,888
- Kona Active - RM136,888